Monday, February 18, 2008

MELAWATI MAKAM ABU DARDA'

Setelah menonton Jejak Rasul l3 yang menjejaki sahabat di Mesir. aku terlihat mereka menjejaki Makam Abu Darda' yang berada di Nesir.. oleh kerana aku sudah berada di sini rugi rasanya aku tidak menjejaki Makam seorang sahabat yg ulung ini.. Walaupun baru lima hari aku balik dari Iskandariah.. namun pada minggu ini sekali lagi aku ke sana kerana satu urusan kecil.. maka pemergian aku kali ini tak di ketahui ramai kawan2 aku..(kalau depa tau tentu kene gossip.. aku tak minat kene gossip)..

Agak segan la bagi kami bebudak shoubra kalau selalu ke Alex (ringkasan Iskandariah) sebab di sini adelah muhafazah yang terdapat ramai akhawat Syariah dan Usuluddin... klu selalu sangat ke sana, mesti setiap kali balik ja.. akan dengar suara2 gurauan "hai, slalu ke Alex ni? Cari calon ka?".. pasti akan terdengar gak.. walaupun ke sana nak gi umah kawan yang sudah berkawin.. biasa la mulut org.. kekadang aku iakan sahaja.. so, kesempatan kali ini aku ke Makan Abu Darda'...


Kalau korang nak tau siapa Abu Darda aku crita skit la tentang beliau.. nak lebih2 cari la sendiri... beliau ialah seorang sahabat Nabi Muhamad... tu jer aku nak gi tau.. huhuhu.. Makam beliau banyak tempat.. Khilaf . tapi yang unik di Mesir.. Makam beliau di tengah2 jalan.. senior aku pernah gak cerita.. tak tau la benar ke tak.. aku menaqalkan( mencoretkan dari kata-katanya) sahaja.. bahawa pernah makam ini cuba di pindahkan.. tetapi satu kejadian aneh berlaku dan ianya tak berjaya di pindah kan..

Abu Darda' juga telibat bersama Gabenor Islam pertama di Mesir iaitu Amru Al-as membuka Mesir.. pada pada zaman itu di diami oleh penduduk Maseh..... sehingga sekarang masih ade penduduk Mesir yang beragama Masehi.. dan jumlah mereka tak la ramai.. dan ada Ulama Mesir mengangap mereka adalah ahli kitab.. dan sembelihan diorang boleh di makan.. tapi tak pernah plak aku beli ayam di kedai orang Maseh.. tapi mula2 dulu pelik gak.. sbb tgk ramai jer orang Islam beli ayam kedai orang Maseh.. tapi skang dah biasa tgk permandangan macam tu...

Berbalik kepada Abu Darda' tadi.. beliau hidup sehingga Zaman pemerintahan Muawiyah.. timbul gak persoalan kenapa banyak sangat makam beliau.. sebenarnya makam belum tentu ade jasab beliau di kebumikan di situ.. kemungkinan tempat itu adelah tempat beliau pernah berdiri lalu di semadikan sebagai kenangan..

Aku bersama seorang sahabat tiba di mahattah Iskandariah lepas zohor dan hampir azan asar.. setelah sempat solat jamak takdim .. kami kluar dari masjid.. masa tu dah azan Asar.. dan kami di sapa oleh seorang arab.. dia tanya kami.. nak solat asar ker?.. kami jawab dah solat jamak.. dia kata, masjid ni tak bagus.. sebab ade makam dalam masjid.. kami diam jer.. dalam hati kami berfikir.. dia ni wahabi kot.. ntah la.. pastu kami tanya la macam mna nak ke makam Abu Darda'.. dia kata itu bukan makam Abu Darda'.. wat apa nak gi? aku kata nak jalan2 jer.. tgk2

Kami konfius gak.. sebb beberapa org sebelum lelaki tadi pun ade cakap.. itu bukan Makam Abu Darda'.. tapi alang2 dah sampai sini maka kami nak gi gak.. sebab kebenarannya hanya Allah jer yang tau.. so, kami pun sampai dan bergambar.. selepas menghadiakan Al-fatihah kepada Abu Darda'...






No comments: