Monday, July 28, 2008

BAZARIA...


Bismillahirahmanirrahim.. pada musim cuti ni ramai badan kebajikan anak negeri(BKAN) wat bazaria.. termasuk dewan pewakilan pelajar(DPM) pun wat bazaria untuk menmbahkan lagi kewangan persatuan masing2... ade yang buat bazaria gabungan dan ade gak yang buat sendiri.. di bazaria ni macam makann Malaysia boleh di dapat.. tapi harganya agak mahal la skit.. sbb barang2 kat Mesir ni pun dah mahal..


Aku plak di offer untuk menolong DPM shoubra berniaga di bazaria anjuran BKAN Pahang.. upah tak de.. tapi dapat makn free jer... duit dari keuntungan tu akan masuk ke tabung DPM.. nilah masa aku nak tolong DPM.. dengn pengorbann yang sedikit.. menu untuk jualan kami nasi kerabu.. tapi Bazaria Pahang kali ni tak meriah sangt.. sbb berlansung 1 hari selepas Bazaria gabungan Selangor dan Terengganu.. tugas aku hanyalah tolong2 skit masak.. yang jadi ketua chef org Kelantan.. org Kelantan memang pandai wat nasi kerabu.. kat sini nak kongsi skit resepi nasi kerabu ngn pembaca yang sudi menjenguk blog aku yang simple ni..


Bahan-bahan:-

nasi biasa.. boleh gak wat bewarna atau nasi putih sahaja..

lauk plak.. leh guna lauk daging.. atau ayam gorang...atau telur gorang.. atau ikan goreng.. telur masin..semuanya ok..


Kuah:-

bawang besar yang di kisar dan di tuskan airnya.. bawang putih.. lada kering sesuka hati.. santan dan kerisik.. cara masaknya.. tumis bawang kisar dalam minyak yang panas.. pastu masukkan lada kering yang di kisar.. pastu masukkan santan dan kerisik.. nak sedap lagi masukkn serai... nak sedap lagi.. ejas la sendiri..


Kerabu:-

Kerisik.. bawang besar yang di kisar.. bawang putih juga di kisar.. dan isi ikan rebus yang di tunbuk tak berapa halus.. cara buat.. campurkan dan gorengkan semua ahan ni tanpa minyak.. sampai masak.. ikan plak leh la pilih ikan apa yang anda suka.. ikan pelaing ker.. selayang ke.. kajang ker.. petalinng jaya ker.. eh ade ke ikan petaling jaya? .. ikan kayu pun boleh...


Ulam: kacang panjang... kobis .. selon.. pucuk aduk.. lobak.. taugeh. apa2 je la ulam.. janji di potong halus...


nak sedap lagi.. kene ade solok..

bahan2 nak wat solok plak.. ikan rebus.. bawang merah atau besar.. dan bawang putih. dan kelapa parut di kisar dalam satu blander.. pastu.. belahkan lada besar.. sumbat bahan2 adi dalam lada yang di belah tadi. dan di kukus..


Itulah yang aku dapat sepanjang menolong kawan aku berniaga.. upahnya makn free jer.. kerja kerana Allah.. tapi berniaga ni memang menguntungkan.. dan nabi pun bagi tau.. berniaga adelah 9 persepuluh sumber kekayaan.. bahan2 tadi aku tak letak sukatannya.. sapa nak cuba leh la sukat sendiri.. zas... berniaga di bazaria tak salah di sisi undang2 mesir.. sebab buat sekali sekala sahaja..


P/s: ramai yang puji Nasi kerabu yang kami buat sedap.. so rugi la sapa tak try buat..


Sunday, July 13, 2008

JAULAH MANSURAH...


Dengan nama Allah yang maha Pemurah lgi maha Mengasihani.. dengan kezininan Allah sekali lagi aku dapat berjalan ke Mansurah pada 7hb 7 2008.. satu lagi muhafazah yang menjadi tumpuan pelajar melayu ke Azhar untuk menuntut ilmu.. ramai gak la pelajar Melayu kat sini.. tak tau la brapa ramai.. mau 3 4 ratus kot.. Mansurah tak macam Shoubra tempat aku.. di Mansurah ade juga pelajar Melayu perempuan.. di Shoubra hanya lelaki sahaja.. di sini juga ade pelajar medic....Di hadapan Makam Sheikh Sya'rawi(gambar di atas..)


Kunjungan aku kali ni bersama 15 org kawan2 dari shoubra.. kami sewa van travel.. agak selesa la juga.. tujuan asal kami hendak memenuhi jemputan majlis walimah seorang sahabat kami yang bertemu jodoh dengan pelajar perempuan di Mansurah ni.. tahniah wat Ustaz Lokman Hakim dengn Ustazah Fatimah Azzahrah.. wah sedap betul nama depa ni.. memang secocok.. aku bila lagi?.. tgguuuuuu... hehehe
Kenderaan yang kami sewa ke Mansurah..


Destinasi kami yang pertama adelah ke Makam seorang ulama yang tersohor di Mesir iaitu Sheikh Mutawalli Sya'rawi.. beliau adelah ulama tafsir abad ke 21.. di katakan bahawa... semasa beliau mengajar tafsir tiada kitab tafsir di hadapan beliau.. dan beliau adelah seoarng ulama yang berani menegur pemimpin secara berhadapan.. boleh tgk link ni.. http://zuhdi.wordpress.com/2008/03/07/wasiat-syeikh-syarawi-kpd-pemerintah/ perbuatan macam ni tak mungkin di buat oleh mna2 ulama sekarang.. begitu hebat beliau berhadapan dengn seorang pemimpin ditaktor seperti pemerintah Mesir.. beliau meninggal pada tahun 1998.. dan gambar2 beliau masih terpampang di mna2 sahaja di Mesir ini sebagai tandai masyarakat Mesir masih menyayangi beliau.. suara beliau mengajar tafsir masih kedengaran di corong2 radio..
Di kebun anggur yang dah lama aku bercadang nak gi...

Seorang sahabat aku menceritakan.. seperti mna yang di ceritakan oleh mufti Mesir.. semasa beliau hampir di hujung hayat beliau.. beliau berpesan hanya Shiekh Ali (mufti Mesir) sahaja yang di benarkan memandikan jenazah beliau.. dan semasa hendak memandikan beliau datang dua orang yang tak di kenali.. dengan muka yang bercahaya dan bersih tolong memandikan jenazah sheikh Sya'rawi ni.. beliau di kebumikan di kampung halaman belaiu di Mansurah besebelahan dengan madrasah beliau..

Seterusnya kami singgah di sebuah kebun anggur bersebelahan dengnkebun jagung.. setelah bergambar kami pun trus ke rumah Sheik Husin untuk mendekat kalimat2 dari beliau.. rumah beliau bersambung dengn masjid.. dan kami mendengr kalam2 beliau di dalam masjid..beliau merupakan sheikh yang sngt suka dengn pelajar Melayu.. dan beliau mengatakan bahawa beliau sentiasa menolak untuk mnegjar orang mesir.. tetapi jika org melayu hati beliau sentiasa terbuka.. dan beliau berpesan ilmu hanya akan berkembang jika ilmu itu di ulang dengn cara mengajarkan kepada orang lain..


Mendengar kalam2 nasihat dari Syeikh Husin


Jam menunjukkan pkl 1130 pagi.. waktu zohor masih lambat.. Sheikh membuka bilik di bawah masjid untuk kami berehat... sehingga Zohor.. lepas Zohor kami ke majlis walimah kawan kami.. selpas makan kami bersiar2 di bandar sikkah.. bandar ini tak la besar seperti Kaherah dan tak la sesibuk Kaherah dan terletak di pinggil Sungai Nil yang di ketahui terpanjang di dunia... mengikut kata seorang kawan aku.. semasa pemerintahan Syaidina Umar, Sg Nil akan surut setiap tahun dan jika Sungai Nil surut pertanian mereka akan terjejas teruk.. mengikut amalan jahiliyah Mesir, mereka akan mengorbankan wanita tecantik di Mesir untuk diberikan kepada Sungai Nil..

Di majlis walimah



Oleh kerana tidak mahu amalan ini berterusan , gabenor islam ke Mesir ketika itu Amru Al-Ash
telah mengutuskan surat kepada khalifah dan memberitahu perihal Sungai Nil.. Lalu Khalifah Umar mengutuskan surat kepada Sungai Nil.. dan surat itu di campakkan ke dalam sungai.. sampai sekarang Sungai Nil tak surut2 lagi.. dan wanita tercantik di Mesir yang selalu di korbankan adelah dari mansurah.. tapi klu melihat dengan mata kasar.. wanita di sini memang cantik2.. sekian..

Thursday, July 10, 2008

MATRUH MENJERIT-JERIT


bersama ahli rombongan...

Bismillahirrahmanirahim.... wah best sangt ke sampai menjerit2?.. best la gak.. 3 hari seterusnya aku di matruh tak de la apa2 aktiviti sangt.. just mandi n jalan2.. tapi matruh ni memang menarik la.. debom gak.. hari kedua kami ke muzium Rommel.. Muzium ni bersemperna dengn nama ketua tentera Jerman di afrika pada perang dunia kedua.. .. yang unik nyer dia ni.. mengikut sejarah yang tak tau betul ke idak.. beliau ni berada di semua tempat dalam satu2masa.. tapi hari kedua kami tak sempat masuk sebb dah terlewat.. muzium dah di tutup.. tapi hari ketiga kami dapat masuk.. kene la bayar 50 sen je. tapi dia ade tulis tulisan inggeris.. foriegner 5 geneh.. bila di tnya.. rupa2nya org non muslim yang tak reti baca tulisan arab akan kene cas 5 geneh.. kami yang leh baca arab ni 50sen jer..


di muzium rommel...

pantai2 di sini memang jernih2.. macam air swiming pool jer.. geram nak mandi tak mau kluar2 dari air.. tapi tu la.. dah air masin kan? klu masuk dalam tekak perit oo.. hari ke ketiga kami di suruh menyanyi di depan anak2 yatim yang datang bersama dengn jamiyah.. mula2 segan gak.. tapi oleh sebb di desak bnyk kali..... kami pun dengn kurang sedianya bernasyid la seperti yang di pinta.. lepas je solat maghrib di tgh2 simpang yang ade sedikit taman.. sedikit majlis widak kami ngn anak2 yatim ..

di pantai ageba...

sedikit yang aku dapat dari perhimpunan kami dengn anak2 yatim ni adelah teka teki.. teka teki ni di tanya oleh seorang fasi kepada anak2 yatim ni.. tapi aku pernah gak jumpa dalam email.. tapi lupa.. bunyinya begini.. apakah 5 makhluk yang di ciptakan oleh Allah di muka bumi ini bukan dari rahim perempuan.. jawapannya pertama Adama.. kedua Hawa.. ketiga Kambing Nabi Ibrahim.. keempat Unta Nabi Saleh yang di kluarkan dari gunung.. yang kelima adoii lupa plak.. nti aku cek balik..hehehe.

jernihnya laut ni....



Antara tempat2 yang kami lawati yang pemes kat matruh ni.. adelah pantai ageba.. yang mempunyai tujuh warna(mengikut kata org la.. ) pastu hamam cleopatra(bersemperna dengn nama seorang ratu yang pernah memerintah mesir dan berkahwin sebnyk 3 kali... dan perkahwinan terakhirnya adelah dengn adik lelakinya sendiri demi untuk memperluaskan tanah jajahannya)...

Wednesday, July 2, 2008

PENGALAMAN TGK MAGIC SHOW..

Bismillah hirrahmanirrahim.. biasanya aku tgk magis dalam tv jer.. atau kat youtue.. tai kali ni betul2 nak tgk magic dengn mata kepala sendiri.. masa tgk sign board iklannya.. dia tulis sihir.. bahasa arabnya sihir.. bhs inggeris magic.. tergerak hati nak masuk.. kene bayar tiga geneh.. aku tnya arab tu.. pertunjukan brapa lama.. dia kata 25 minit.. aku rasa agak berbaloi dari aku tgk stunts motor 3 geneh 5 minit jer.. huhuhu.. save baget..

Persembahan pertama seorang pelawak bersama patung di tgnnya.. dia wat lawak ok la.. yang aku paham aku gelakla.. yang aku tak paham aku senyap.. arab je yang gelak.. hehehe.. dia cakap bahasa amiyah. payah skit nak di fahami.. tapi 70% di pahami la.. persembahan kedua.. seorang lelaki bermain dengan bola pingpong.. menakjubkan gak la.. sbb dia leh kluarkan bnyk bola pingpong dari mulut.. taknmpk plak dia telan bola tu sebelum ni.. dan dia panggil seorang budak dan dia kluarkan bola dari mulut budak tu.. so.. agak menakjubkan...

Persembahan ketiga seorang muda memegang wayar di kedua belahtgnnya.. pastu seorang penolongnya meletakkan bal lampu.. pastu lampu tu menyala.. dan dia letakkan apa ntah kat tgn dia.. pastu benda tu terbakar.. terpaku gak aku tgk.. tapi tu masih biasa.. yang luar biasa.. pemuda tadi menutup matanya dan duduk di atas kerusi di pentas.. seorang pembantunya turun ke tempat penonton dan penonton memberi apa sahaja dan dia boleh meneka dengn betul.. contohnya klu penonton beri kad pengenalan.. pemuda yang sedang tutup mata tu leh jawab apa yang penonton beri dan boleh bagi tau nama penonton itu sekali.. aku pun memberi kad matrik kawan aku kepada pembantu itu dan dia bertnya kepada pemuda tadi.. dan dia boleh menjawab dengn betull.. aku pun haira.. adekah dia menggunakan jin atau apa.. ntah la..

Persembahan paling menakjubkan aku di akhir persembahan.. sebuah kotak seperti almari di keluarkan.... dan tirai almari di buka.. dan lampu almari terpasang.. aku melihat kepala seorang kanak2 perempuan di atas pasu bunga tanpa badan.. memang mengjutkan kami semua.. mungkin kanak2 tu berusia 7 atau 8 tahun.. hidup tanpa badan.. untuk membuktikan kebenaran .. pengajur memanggil beberapa penonon untuk melihat kepala itu dari dekat.. aku pun nak gi tgk dari dekat gak.. sbb kami duk belakang sekali.. tapi aku di halang oleh kawan aku.. katanya dia takut ade benda ikut balik umah..

Aku pun bukan la berani sngt.. tapi nak beranikan diri.. mungkinkah makhluk itu yang di panggil penanggal di Malaysia.. tapi wajahnya tak mengerikan.. sempurna macam kanak2 lain dan boleh bercakap... atau ini sihir semata.. masyarakat Mesir memang terkenal dengn ilmu sihir.. sehingga tertulis di dalam alquran.. aku nak gak rakam gambar.. tapi kawan aku tak bawak kamera plak.. bila tny kawan2 yang lain.. derang pun bawak kamera.. tapi lupa nak amik gambar.. so tak leh aku nak letak kat sini.. aku try gak baca ayat kursi.. tapi tak de apa2 pun yang berlaku..

MATRUH MENJERIT.....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.. bila dapat mesej dari Ym tentang rombongn percuma yang akan di taja oleh NGO arab.. kawan serumah aku pun tepon mendaftarkan diri.. hanya 10 pemanggil pertama sahaja akan dapat pegi.. aku tak minat nak call.. tapi di takdirkan Allah ade kawan aku yang tak leh ergi sbb2 tertentu.. dan dia nak cari org pengganti tempat dia.. so aku pk2 balik aku pun menawarkan diri ganti tempat dia.. so.. walaupun aku mendaftar bukan 10 pemanggil pertama.. aku dapat gak pegi rombongan ini... percuma beb...

28 Jun 2008.. hari pertama..

6.00pagi : sampai di masjid mustafa abasiyyah.. walaupun janji pkl 5.30pagi tapi aku bersama dengn yusuf dan azren sampai agak lambat.. semua kawan2 lain dah ade depan masjid kecuali seorang lagi perserta belum sampai... bersama dengn seorang wakil persatuan pelajar Malaysia di Mesir.. ustaz Azdlan.. bas memang dah ade kat situ.. driver tak de..

8.00pagi : kawan yang kami tggu dah sampai.. walaupun dia bdk shoubra gak.. tapi tak pernah nmpk muka pun sebelum ni.. driver pun baru sampai.. dengn muka yang tak bersalah kerana menyebabkan kami menunggu lama.. selamber jer sembang2 sambil minum teh...

8.40 : bas bergerak menuju kematruh.. kami bersepuluh baca doa musafir.. bersama 2 org driver.. tak beberapa lama aku pun terlelap...

10.20pagi : singgah sekejap kat stesen minyak di tgh2 padang pasir.. beli jajan.. dan buang apa yang patut... dan truskan perjalann...

2.00ptg : masuk bandar matruh.. bandar ni tepi laut.. cantik sesangt.. tak sesibuk bandar kaherah.. lampu isyarat pun berfungsi dengn baik.. tak macam kaherah yang hanya menggunakan lampu isyarat kuning sahaja (bersedia dalam apa sahaja keadaan)...

2.15ptg : sampai di pusat NGO yang taja kami yang bernama Jam'iyah Syar'iyah(SR)... kami di sambut oleh beberapa petugas.. pusat SR ni betul2 bertentangan dengan laut.. kami di sambut mesra oleh beberapa org petugas... dan kami di suruh menunggu beberapa sahabat dari Tajikistan untuk mkn tghri bersama.. di samping itu kami di bawa kemasjid untuk solat Jamak takdim...

2.45ptg : sahabat2 Tajikistan juga seramai 10 org termasuk 2 kanak2 telah sampai... mereka baru pulang dari masjid.. kami di beritahu oleh driver bas bahawa apabila kami sampai dia akan mengambil sahabat Tajikistan balik ke Kaherah.. kami mkn tgh hari bersama.. aku sngt kagum melihat seorang dari kanak2 tajikistan ini sangt mahir berbahasa arab amiyah dan juga bahasa arab fushah di sampai membaca alquran secara hafalan dengn lancar sekali... umurnya mungkin baru 11 atau 12 thun.. pada awalnya aku menyangka dia adelah org arab kerana kefasihannya berbahasa arab.. ikram namanya.. persis nama adik aku...

3.30ptg : sahabat2 Tajikistan bertolak balik ke Kaherah dengn bas yang membawa kami ke Matrouh... kami bergambar dan aku duduk di atas kerusi menghadap laut sehingga tertidur dek enak di tiup angin laut yang sepoi2 bhasa la kot.. tapi memang nyaman..

5.30ptg : terjun laut.. mandi2 sambil naik bot... pantai agak cetek.. air sangt jernih dan biru..

8.00ptg(masih belum mlm) : bersiap2 ke penempatan yang agak jauh dari pusat JS.. sebelum ke penempatan kami mkn malam dahulu.. makan simple jer.. anggur, roti eis, kacang ful, dan keju masam.. hahaha.. memang aku tak lalu nak mkn.. just mkn anggur jer.. tapi ok la.. pengalaman makan makann arab.. nasib baik mknn tghri best...

9.30 mlm : dah solat jamak takdim.. nak jalan2 keluar plak... penginapan agak selesa la.. umah ade 3 bilik.. kami bersepuluh.. ruang tamu gak luas.. tapi yang tak tahannya.. kami duk tingkat 7.. penginapan plak tak de lif.. memang meletihkan naik tangga.. tapi nasib baik umah elok..

10.00 mlm : pegi mkn.. pastu gi jalan2 di pinggir pantai.. ramai org melepak tepi2 pantai.. pantai di sini tepi jalan raya besar.. tak macam kat malaysia.. tapi apa yang menariknya di sini.. sepanjang2 pantai2 walaupun ramai orng.. semuanya bergelak ketawa dengn kluarga.. dan kelompok lelaki dengn lelaki dan kelompok perempuan dengn perempuan.. sangt payah nak jumpa pasangn berkapel di celah2 batu macam Malaysia.. sonok tgk macam ni.. bila la Malaysia nak macam ni...

1.23 mlm : masuk funfair.. tapi yang menariknya fun fair kat sini tak de langsung permainan yang berunsur perjudian seperti di Malaysia.. just peramainan kanak2 je yang ade.. aku ingt nak main kereta langar.. tapi agak tak berbaloi.. nak tgk stunts motor.. kene tunggu plak.. so.. aku masa tu bertiga.. aku , yusuf dan hafiz.. amik keputusan tgk magic.. walaupun pada mulanya derang tak nak.. sbb dah lewat.. tapi aku desak gak.. hahaha.. depanm pun ikut.. tgk magc memang dasyat.. nnti la aku crita...

2.00pagi : zon gelap....