Friday, June 20, 2008

IMTIHAN DAH HABIS..

Alhamdulilah .. segala puji bagi allah.. imtihan tahun tiga dah selesai hari semalam.. habis jer imtihan kawan2 ajak bergambar beramai2 sebagai kenangan terakhir.. tapi aku tak join.. sebb lepas habis menjawab aku trus keluar dan amik gambar skit2 jer.. pastu balik.. ramai lagi tak amik kluar.. malas nak tggu derang...

Monday, June 9, 2008

HARI-HARI YANG PANAS...

Dengan nama Allah yang maha berkuasa menyejuk dan memanaskan.. yang berkuasa atas alam semesta...

Lama tak leh nak coretkan apa kat blog.. sebab skang ni fatrah imtihan.. tak la banyak sngt studynya.. tapi tak de masa sngt nak mencoretkan.. 4 madah straight.. memang agak membebankan.. tapi apa nak wat... trima je la..bila online je atau jumpa orang mesti soklan yang sama di tanya.. dan naik bosan nak jawab.. soklannya adelah.. macam mna pekse? kenapa bosan?.. ntah la.. dah tak minat nak jawab.. klu leh tekanan pekse aku tak suka bawak kat luar dewan pekse.. so kat luar tetap nmpk happy.. dalam tuhan je yang tau.. huhuhu

Time tahun 3 nak duduki pekse tahun 1 dan 2 dah habis pekse.. siap at jaulah lagi.. nak gak ikut.. tapi klu nak kertas jawapan kosong tak de jawapan leh la ikut... tu la akibat study last minute.. padan muka.. tapi biasanya tahun 3 tak akan cari pasal dekat2 nak pekse ni.. tapi bagi yang study awal2 lagi.. malam pekse leh la tidur dengan lena.. yang tak study awal2 mula la tak tidur lalam.. 4 madah straight .. 4 malam la tak tidur.. tapi aku tetap tidur..

Skang ni memang panas.. leh kata sentiasa berpeluh.. walaupun duk depan kipas... kipas plak 24 jam berpusing.. nasib baik dia kipas.. klu tak dia pun penat gak duk pusing.. dah panas ni komputer plak tak leh buka lama2.. dah bnyk terjadi hardisk terbakar sbb lama sngt pasal komputer... skang plak komputer aku problem.. bangun pagi tadi tgk2 komputer dah jem.. tak tau la sapa yang buka komputer aku tak tutup.. panas gak hati ni.. tapi sabo jer.. tu la kengkawan. kekadang ade yang tak perlu kita lepaskan.. klu kita lepas kan apa yang terpendam dalam hati mau masam muka.. tapi klu sampai komputer aku rosak siap la.. ganti la balik...

kenangan paling menensenkan aku pasal komputer ni bulan sembilan tahun lepas.. dah la line internet macam hampeh.. komputer plak wat hal.. pas grafik kad wat hal..power suply terbakar..
hardisk plak terbakar.. sekali ngn mother board.. pas dah bli semua.. rem plak yang terbakar... memang tansen giler.. tapi apa kan daya.. semua tu ujian.. macam beli komuter baru asanya.. tapi tak la baru sngt pun.. tapi dah jadi kebiasaan komputer yang beli kat mesir ni wat hal.. jarang yang leh tahan lama.. dan jarang yang bawak komputer balik.. sbb klubawak balik pun bila rosak tak de spare part.. kene beli baru gak.. sbb kat malaysia komputernya jauh leih latest dari yang mesir punya...

harini memang panas.. tak tau la brapa darjah.. rasa macam nak mandi lelama je tadi.. tapi ade plak yang ketuk pintu bilik air.. oleh sbb bilik air yang hanya muat orang.. terpaksa la kluar.. klu kat umah aku kat malaysia dulu mandi ade kolah.. so bilik air ade dua besar.. leh mandi ramai2 pun tak kesah... yang plaing penting jaga aurat... heheheh

ok la nak study plak.. rabu ni madah fawasil.. ilmu tentang bilangan ayat dalam surah alquran mngikut imam2 mekah madinah dan iraq.. ulama2 ni berbeza pendapat tentang bilangan ayat2 dan di mana nak tentukan kepala ayat.. semua tu kene la ingt.. pentingnya tahu kepala ayat ni sbb klu khutbah jumaat wajib baca ayat quran yang lengkap satu ayat.. klu tak tau kepala.... macam mna nak habiskan ayat.. lagi satu.. bila membaca quran sunat kita berhenti di kepala ayat... so sbb tu la kene tau.. memang la kang ni dah ade tanda semua.. tapi nak kene tau gak la ilmu ni.. ok la nak study plak.. huhuhuhu..

Saturday, May 31, 2008

PADERI DAN KUNCI SYURGA....

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.


Pada suatu Hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika Dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja Dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.


Ketika paderi masuk, mereka serentakberdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, is paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin Dan berkata, "Di tengah Kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."
Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini Dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepadasang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."


Kemudian dia beranjak hendak keluar.Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut Dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukankepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkansatu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiadatujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafasnamun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"


Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allahs.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malamdan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat padaciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialahMalaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalahmu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluhialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialahjumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnyaialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnyaialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namuntidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalahIkan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumbadan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampunlagi Maha Penya yang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namuntidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpabapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalahIblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalahUnta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggapperkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 rantingsetiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.


Paderi dan para hadirin merasa takjubmendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kuncisurga itu?"

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnyapun berubah. Dia berusaha menyembunyikankekua tirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja ituterus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cubamengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "
Paderi tersebut berkata, "Sesungguhaku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jaminkeselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannyaialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadirdi gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**


* Penulis tidak menyebutkan yang kesembilan(pent. ) ** Kisah nyata ini diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah melalui internet, www.gesah.net
Wallahua'lam.