Friday, August 29, 2008

SEBUAH CRITA SERAM..

Subahanallah.. penatnya.. peluh membasahi baju... balik saja dari epot aku masuk bilik.. jam dah pkl dua lebih.. dekat2 pukul 3.. suasana sekeliling sunyi dan sesekali terdenagr suara motosikal di luar... aku balik rumah bersama ucop.. seorang lagi rakan serumah ku... sedang aku membaca akhbar.. usop masuk dan duduk di sebelah ku.. "nak tgk brita sukan sat.. kot2 ade brita kedah ka.. sat ja.. aku nak tidoq dah" kata ucop yg agak pekat loghat utara nya.. memang agak fanatik dengn pasukan bola sepak Kedah... maklum la la kedah memang double trebel tahun ni.. bangga sngt la tu.. elleh... tapi dah rezki dia.. Pahang ntah bila la nak catat kemenangan macam tu...

Setelah.. membaca sedikit berita sukan dan tajuk berita luar negara... "aku nak tidoq la" sambil mengangkat punggung.. tinggallah aku berseorang di dalam bilik.. bilik kembali sunyi.. aku bangun untuk ketandas.. "eh.. ade nasi plak?.. ade lauk sekali?.. cantik sangt la..".. bisik hatiku.. bukan lapar sangt pun.. saja je nak mkn.. sambil mkn aku aku menonton rancangn dokumentari 10 tahun sebelum merdeka.. crita tentang pejuang2 kemerdekaan menentang penjajah British. tak sampai 40% dokumentari nasi dah habis.. aku bngun membasuh pinggan dan melihat semua rakan2 ku telah tidur.. aku tutup lampu ruang tamu.. aku biarkan lampu dapur terpasang.. senang nak cari tandas bila bangun nnti...

Aku terus menulis blog.. susana kembali sunyi.. tiba2.. prakkk.. bunyi sesuatu jatuh.. aku bingkas bangun.. aku teringt kisah melihat kawan aku di bilik sebelah.. pikiran aku teringat kenngan kawan aku yg di hempap rak buku sehingga luka ketika sedang tidur.. lawak gak crita tu.. tapi aku melihat di luar tak de apa2 pun yg berlaku.. aku cuba panggil namanya.. tak menyahut pun.. ruang tamu gelap.. aku mula la berasa seram.. bulu tengkuk mula la tegak.. apa tak nya.. aku mula teringat kisah seoarng sahabt aku yg duduk bersendirian di dalam rumah aku ni di ganngu oleh makhluk halus.. bulu roma aku kembali naik.. aku cepat2 membuka mp3 quran dari komputer aku sambil aku meneruskan penulisan.. sesekali bunyi"prak.. prak".. seperti bende jatuh trus berulang.. bertambah la seram.. nak tgk ke?.. jgn harap aku nak gi tgk.. makhluk ni nak uji aku ke?.. macam2 bisikn dalam kepala aku...

"prak" sekali lagi bunyi itu menerpa ke telinga aku.. tapi kali ni aku tak seram lagi malah tersenyum.. baru aku teringat .. masa aku mula masuk rumah tadi peti ais terbuka.. dan suiznya di tutup.. ade la salah seorang kawan aku yang wat macam tu sbb nak bagi ais dari peti ais tu cair.. rupa2 bunyi2 yg aku dengr tadi adelah ais ketul yg melekat kat freezer jatuh kerana cair.. cis..wat kecut aku je.. alang2 dah pasang mp3 quran aku teruskan mendengar alunan ayat2 suci alquran yg di bacakan oleh imam sudais ni..

~Klu dah penakiut.. bunyi kucing bergaduh di tgh malam di sangka bayi menangis.. tapi Mesir ni kekadang seram juga..~ hehehe

SAYUNYA LAMBAIAN ITU.....

Segala puji bagi Allah.. merancang pertemuan dan perpisahan... aduh.. tetiba je rasa macam sayu plak.. aku ingt artikel sebentar tadi adelah artikel aku yg terakhir di bumi Mesir.. tapi ternyata bukan yg terakhir.. sebentar tadi aku baru sahaja balik dari lapangan terbang Kaherah untuk menghantar sahabat aku Aniq.. kami memang dah lama berkawan.. sejak sekolah menengah lagi.. banyak kenangan pahit dan manis semasa kami bersama.. dialah sahabat aku.. dan dia lah boleh di kategorikan sebagai sahabt.. kerana selalu ade ketika suka dan juga duka..

Selepas sahaja majlis khatam Hafes.. dan makan2.. aku trus berjalan kami bersama beberapa rakan yg lain menuju ke rumah Aniq.. sesampai je di rumah Aniq.. aku melihat dia sedang berkemas.. mukanya nmpk kepenatan dan sedikit kelam kabut... rakan2 lain pun ramai membantu Aniq mengemas hinggakan aku tak tau apa yang nak aku bantu.. setelah selesai mengemas.. aku di tugaskan mengikat bagasi .. dengan sedikit kemahiran yang ade aku pun mengikat sesuka hati aku je.. walupun sedikit hodoh.. tapi aku pasti ikatan itu kemas...

Sambil mengikat bagasi aku sempat lagi mengusik beberapa org kawan dengn mulut aku yg becok ni.. payah juga la nak ikat bagasi ni.. bukan apa.. tali yg nak aku gunakan ini bersimpul2.. tapi alahamdulillah.. siap juga aku mengikatnya... Aniq kelam kabut kehulu kehilir dan mandi.. satu panggilan di terima yg mengatakan kenderaan yg nak bawak kami ke epot dah sampai.. tambah lagi kelam kabut.. sempat juga Aniq solat sunat musafir.. dan kami turun bersama2.. barang2 sudah di angkat oleh rakan2 yang lain.. selepas berjumpa dengan tuan rumah di tingkat 2.. kami pun turun menuju ke kenderaan...

Sedikit kekecohan berlaku di kenderaan apabila pemandu kenderaan tak mau tggu kami semasa di epot.. ini menimbulkan kemarahan rtakan2 aku. kerana kebiasaan kami akan menunggu rakan2 yg akan berlepas sehingga semua barang2 yang di bawa lepas di tempat penimbang.. tetapi pemandu tak mau tggu.. tapi Aniq bgun dengn tenang dan menenangkan pemandu dan rakan2.. kelihatan pemandu tersenym dan setuju untuk menunggu kami.. Aniq pesan kat kawan2" arab ni.. kekadang kita kene tgk juga... klu dia berkeras.. kita cuba berlembut... "

Di dalam kenderaan aku memilih untuk duduk di sebelah Aniq.. bnyk yg kami bualkan..perbualan teakhir kami di sini.. rupanya dia kelam kabut kerana menemankan seorang rakan pergi berjumpa dengn seorang syeikh kerana satu urusan penting.. wah... dah kalut2 nak balik pun sempat juga tolong org.. sampai di rumah dah nak maghrib.. so memang kelam kabut jadinya.. perjalann ke epot berjalan lancar.. sampai di epot.. ramai kawan2 menunggu.. setelah bersalam2 dengn kawan2 semua.. ramai juga nak balik mlm ni... ustz2 dan ustzh2 pun agak ramai nak balilk. tambah meramaikan lagi adelah rombongan makcik2 dan pakcik2 dari Malaysia yg datang menziarahi Mesir..

Saat2 perpisahan hampir tiba.. satu persatu rakan2 di peluk.. aku menunggu pelukan terakhir... dari seorang sahabat.. memang ade rakan yg menangis bila berpelukan dengn Aniq.. hati aku berasa sayu untuk perpisahan ini.. tapi tak de la sampai mengalir air mata jantan ku ini.. hehehe.. setelah berpelukan dan meminta maaf atas salah dan silap.. Aniq menolak barang2nya masuk kedlam epot bersama serang lgi rakan aku dari maahad yg sama.. iaitu Zarimi.... lambaian terakhir ini memang sayu.. dalam perjalann balik aku masih merasa sayu dan aku merasa seperti kehilanagan seseorang yg aku sayang.. tapi itulah hakikat kehidupan.. pertemuan dan perpisahan tak boleh di elakkan.. hidup mesti di teruskan.. mlm ni aku pula akan meninggalkan bumi Mesir ini untuk menuju ke destinasi yg aku telah pilih sendiri...

DETIK-DETIK AKHIR....


Segala puji bagiAllah Tuhan sekalian alam.. selawat dan salam ke atas Junjungn Besar Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam... semoga dengn rahmat dan pertolongon dari Allah dan syafaat dari Nabi s.a.w di permudahkan perjalann aku nnti... kemungkinn ini adalah tulisan aku yg terakhir untuk tahun ini semasa di Bumi Mesir.. kerana mlm esok aku angkat memulakan permusafiran ke Tanah suci Mekah...


Perjalnn kami kami bermula selepas Isyak(30 ogos 08).. dari rumah.. aku Rahmat dan Syidi akan menuju ke stesen bas Abasiyah... Dari sana kami seramai 39 org akan berkumpul untuk bermusafir ke terusan Suez menaiki bas ekspress pada jam 11.30 mlm... perjalann berkemungkinn memakan masa 8 jam lebih.. dan kami akan berkumpul di sana pada pkl 7 pgi... dan. pada pkl 12 tgh hari kami akan menaiki kapal selam.. eh.. bukan... kapal laut... ker Jordan.. perjalann memakan masa 6 hingga tujuh jam.. tapi di Jordan kami tak tau lagi nak menginap di mana.. sama ada di Muktah atau di Amman.. semuanya akan di uruskan.. kemungkinn kami tak menginap di hotel... sbb kami mengikuti Travel gamble je.. murah.. hehehehe.. kami akan menginap di rumah plajar Malaysia di Jordan..


Di jordan kami akan menziarahi tempat2 yg bersejarah di Jordan.. seperti gua Ashabul Kahfi.. kisah tujuh pemuda yng beriman seperti yg di ceritakan di dalam Alquran.. nak tau baca la sendiri.. kami juga akan melawat ke Petra.. di situ kami akan dapat melihat kehebatan tamadun Masyarakt kuno(kaum Aad dan Tsamud.. juga di ceritakan dalam Alquran).. mereka mengukir gunung2 seperti istana.. dan kerana kehebatan mereka mereka telah kufur dengn Pesuruh Allah ketika itu Iaitu Nabi Allah Hud a.s...


Pengajaran yg kita boleh ambil dari mereka adelah.. tentang ketamadhunan mereka.. walaupun mereka mempuyai kemahiran yg luar biasa dan boleh di lihat hingga ke hari ini walaupun sedah beribu tahun.. tetapi merekatelah ingkar menerima balasan dari Allah.. begitu juga dengn kita.. semaju dan semoden mana sekalipun negara kita.. tetapi jika jauh dari Allah.. maka tggulah azab yg akan Allah timpakan.. maka ketamadunan yang sebenar adelah ketamadunan yg mengikut Islam.. (hadharah Islamiah) bukanlah Islam yg perlu mengikut Tamdun.. (islam hadhari).. bukan la berkempen.. tapi itulah hakikat kebenaran..


Satu lagi tempat yg akan kami lawati adelah Laut Mati.. antara tempat yg biasa di lawati oleh pengunjung yang datang ke Jordan... tapi.. ade juga Ulama yg melarang datang kesini.. kerana mereka berpendapat ini adelah tempat yg Allah timpakan bala.. maka bnyk syaitan di sini.. tapi kelebihan laut mati ni plak.. airnya boleh wat ubat penyakit kulit.. bukan kami nak mengingkari Ulama.. tetapi kami mengguna pakai pendapat Ulama yg membolehkannya.. maka selagi ade khilaf.. kita boleh guna mana2 pendapat.. kami akan berada di Jordan berkemungkinn dua hari.. dan kami akan menaiki bas masuk ke Madinah(2 atau 3 september).. aduh.. rindu Madinah laplak...


Sebelum pemergianku ini .. aku nak mintak maaf kepada semua kawan2 dan dan kepada semua yg sudi mengunjung blog cun aku yg tak seberapa ni.. maaf segala silap dan salah.. jika panjang umur..setelah hampir 4 bulan di sana dan menunaikan haji aku akan balik semula ke Mesir bulan 1 tahun depan..dalam rombongan kami ade juga yg akan balik setelah dua minggu di tanah suci dan ade yang akam pulang ke Mesir selepas raya puasa... apa-apapun doakan kenajahan ku dalam imtihan..(tensen je reslut kluar lambat.. janji 28 ogos.. alih2 2 september..) tak la rasa sedih sngt nak tinggalakn Mesir.. sbb tgh rindu Tanah Suci skang ni... macam org mabuk cinta la juga.. heheh.. (kepada sesapa yg pernah rasa) klu ade kesempatan aku akan menulis juga semasa di sana nnti...


~SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA.. MAAF ZAHIR BATIN... PESANAN UNTUK KAKLONG.. KIM SALAM KAT OUR PARENT.. SBB ADIKMU INI TAK CUKUP KREDIT NAK TEPON M'SIA.. DOAKAN SEMOGA SELAMAT LA PERJALANAN AKU NNTI.... SESAPA ADE HUTANG NGN AKU AKU HALALKAN.. YG NAK BAYAR TU BOLEH JER.. SESAPA YG AKU ADE HUTANG.. MAI LA TUNTUT SEBELUM AKU KE MEKAH...RAMADHAN KARIM.. DAN KULLU SANAH WA ANTUM TAYYIBIN... ~

Wednesday, August 27, 2008

MENGHITUNG HARI.....

Bismillah.. walhamdulillah... malas asanya nak menulis.. tapi nak juga menulis... pada ahad lepas sempat tgk kawan2 yang lulus peperiksaan dur awal menyertai konvo.. aku plak yg kene lalui peperiksaan dur sani just leh tgk je la.. untuk plajar yg melalui peperiksaan dur sani plak akan di diakan konvo pada bulan 10 nnti.. tu pun aku tak sempat nak sertai kerana aku bukan lagi di Mesir masa tu.. mungkin tgh saei atau tawaf.. hehehe.. tak dapat join pun tak per la.. aku dapat gak bergambar dengn pakai jubah konvo... tapi pinjam ngn org jer..
Tahniah wat Zarimi ngn Firdaus kerana berjaya tamatkan pelajaran dengn cemerlang.. aku plak tumpang bergambar jer...


Ade kawan aku cakp.. konvo ni bukan apa sngt.. just nak bergambar jer.. sbb sijil bukan bagi masa konvo pun.. just bagi scroll kosong jer.. tapi dapat la bergambar dengn syeikh akbar Al-Azhar... Syeikh syed Tantawi.. tapi diapun sekejap je leh bagi.. nak berdiri pun dah tak larat... takdan habis bagi scroll trus kluar tergesa-gesa.. mungkin ade urusan lain.. Majlis konvo di mulakan dengn bacaan ayat suci Al-quran org juara AQ1 Abdullah Fahmi.. pastu ucapa serba sikit oleh datuk duta.. dan Syeikh Azhar... trus kepada penyampian scroll dan sesi bergambar serta mkn dan bersurai...

Dapat juga aku bergaya dengn jubah konvo.. tapi Firdaus tu memang konvo betul.. tahniah wat anda .. jgn isau ko pasti pemes lepas masuk blog aku ni.. hehehe

Yang menariknya selepas majlis penyampaian scroll, aku tgk ade sorang kawanaku yg duduk berseorangn sambil matanya bergenang... "wah.. meangis?... kenapa mengis?.. ingt sapa?" tnya aku.. "eh,mana ade! aku menguap la.. " jawabnya..."ek elle, agak-agak2 la alasan tu... mna ade org menguap air mata bergenang.." usik aku..pap!! scroll yg di pegang singgah kat peha aku.. sambil dia gelak(malu2 kambing la tu) .. aku cakap nak tulis kat blog pasal dia nangis.."tulis la.. nnti aku hack blog ko.. " hack la.. macam la terer sangt.. hahahaha" jawab aku... apa-papun tahniah untuk korang.. aku masihmenghitung hari untuk berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrahdan Insyallah trus ke Musim Haji.. kawan2 yanglain plak tgh menghitung hari untuk memasuki satu alam yg baru.. alam pekerjaan plak..

Saturday, August 23, 2008

KHABAR YG GEMBIRA......

Bismillah Wal Hamdulillah.... bangun untuk solat subuh aku melihat hp yg berada di atas bantal... ade dua miskol dan satu mesej.. oh dari rasyidi rupanya... aku buka mesej.. "visa untuk kita ke Mekah dah lulus.. malam esok ade perjumpaan dengn ustz Hasnol(mushrif kami)" wah.. Alhamdulillah.. satu perjalann yg dah lama aku rindui..

Tahun pertama aku di Mesir.. aku melihat kawan2 aku yg rezkinya agak murah dan ibu bapa yg agak berduit pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji.. aku berasa jeles dan cemburu(macam sama jer).. tapi aku tetap bertekad di dalam hati.. aku mesti sampai juga ke Tanah haram sebelum aku balik ke Malaysia... dan sejak itu.. setiap kali lepas solat atau sujud terakhir di dalam solat aku pasti berdoa supaya aku sampai ke Tanah Haram yg di rindui itu...

Alhamdulillah.. berkat doa aku.. dan doa mak ayah aku tahun Ini klu panjang umur aku akan menjejakkan kaki ke tanah Suci Umat Islam ini..menggunakan duit yg aku kumpul sendiri.. dan di tampung sedikit oleh kluarga.. tempat yg aku ingin tuju ini adelah tempat kelahiran Baginda S.A.W.. tempat permulaan sejarah Islam.. tempat Rasulullah menempuh ujian yg amat dasyat.. dan tempat di mana banyk peristiwa2 besar dalm Islam telah berlaku..

Berbalik kepada crita aku.. sampai di Asyir kami di beri tklimat serba sedikit tentang perjalann yg akan kami tempuhi... tapi apa yg menariknya.. pada tahun ini Insyallah aku akan berpuasa di 3 negara.. setelah 3 kali berpuasa di Mesir.. pada awal Ramadhan akan berpuasa di Mesir.. dan akan bermusafir ke Jordan dan berpuasa di sana mungkin 2 hari.. seterusnya kami akan berpuasa di Mekah Madinah.... sonoknya.. saja jer crita kat sini.. nak bagi korang jeles... jom la ikut sekali.. hehehe .. sekian...

Thursday, August 21, 2008

SEKALI-SEKALA..

Allahuakbar.. panas nya hari ni.. pasang kipas no 3 pun masih berpeluh.. baru panas di dunia.. tu pun dah tak tahan... aku ke dapur dengan niat nak bancuh air.. tgk2 ade limau nipis plak.. trus potong 7 biji dan di perah dalam jag.. alamak gula plak tggl sikit.. malas nak gi beli.. aku habiskan gula dalam bekas.. pastu masukkn air panas dalam bekas gula dan aku goncang bekas gula.. hehehe.. punya la malas nak gi beli...aku rasa air ade la manis skit2.. bekas gula yang hampirbersih aku basuh dengan sabun..

Air masih panas klu nak minum.. aku biarkan je atas meja tu.. aku terlelap seketika.. dan sedar2 dah asar.. semua ahli bait tak de kat umah.. sementara nak solat asar aku tgk air limau tadi dah tak panas.. tak plak sejuk...aku letakkn dalam peti sejuk.. lepas solat aku online sekejap.. lupa plak air limau yng aku bancuh tu.. sorang demi sorang kawan aku balik ntah dari mna destinasinya.. aku yg duduk di depan komputer kawan trus masuk bilik untuk guna komputer aku..

Tak berapa lama aku baru tringat air limau tadi.. dah sejuk agaknya.. klu minum best ni.. tekak aku terasa2 seperti meneguk air limau yg sejuk dan segar.. tapi bila buka peti..aduyai!... air dah tak de.. aku ke dapur plak.. aduhai baiknya korang... jag air limau aku tadi dah siap basuh dan di tonggeng rapi.. kecewa la skit2... aku pun nak bancuh air limau lagi.. tapi...

Gula plak dah habis... aku potong 4 biji limau nipis dan di perah dalam koley.. masukkn air.. trus masukkn dalam peti.. tgh ngaji lepas maghrib aku bau sup.. eh!. ade kawan mkn upanya.. join sekali.. perut pun dah lapar.. tgh aku mkn.. "eh air sapa ni.. sedapnya.. "hahaha perangkap nak mengena.. "air hang ka?" aku pun mengangguk.. "minum la.." kawan aku kedapur nak amik cawan.. "tak yah cawan.. minum macam tu je" saran aku.. lagipun koley tu tak la besar pun..

"hampeh!..masam" jerit kawanku..sambil di sambut oleh hilai tawa aku dan beberapa org kawan.. hahaha.. upanya dah ade org lain mencuba air tu tanpa pengetahuan ku.. dan kawan yg sorang ni antara yg terakhir.. hahaha.. tu la.. lain kali nak minum bagi tau dulu.. hahaha.. puas hati aku.. tapi tak de yang marah.. kami gelak2 je.. sekali-sekali kene bagi pengajaran kat derang ni.. hehehehe..

Thursday, August 14, 2008

ISTAREIH SYUWAYYA...

Alhamdulillah sampai gak ke rumah.. jam dah dekat pkl 10 malam.. mungkin dalam 10 minit lagi... alunan muzik dari majlis arab di umah aku menggegarkan imarah kami... sungguh kuat muzik ni.. kelihatan beberapa orang kanak2 dalam sekitar 7 8 tahun asyik menari mengikut alunan muzik yang memekakkan ni.. pelik gak diorang ni.. kecik2 lagi dah dedahkan dengn muzik2 yang memekakkan telinga ni.. sudah menajdi tradisi arab Mesir sejak aku mula2 sampai sini aku melihat keadaan ni tak berubah.. cuma mungkin lagu2 yang di pasang lebih up to date .. mengkit pasaran album kot..

Tradisi jahiliah yang sudah di tinggalkan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.. mak pernah bercerita.. masa dulu2 klu org kampung kenduri kawen.. tak kira la susah macam mna pun orang tu... mesti buat tiga hari tiga mlam berturut2.. semua org kampung datang.. bawak ayam.. beras.. dan apa2 yang oleh di bawa.. dan tak ketinggalan ade kugiran... band muzik.. pastu pakat menari la ramai2.. tak kira tua muda lelaki perempuan.. anak tok guru kampung kawen pun macam tu gak majlisnya.. tapi itu dulu.. zaman mak aku muda2.. skang ni payah dah nak jumpa masyarakat kampung macam tu..

Tapi tradisi macam ni masih lagi berlaku di Mesir.. jika ade majlis kawen... muzik dan speaker besar sudah menjadi tradisi.. dan tak kira lelaki perempuan.. muda tua.. akan menari ikut cara mereka... aku pun pelik dan terkejut bila nmpk peremuan berpurdah pun menari... adoi.. tapi sudah menjadi adat diorng. tak de sapa pun kesah.. aku rasa klu kat malaysia la, ade wanita berpurdah manri macam tu.. mesti kecoh satu malaya.. ade gak seorang ustaz pernah bagi tau aku.. inilah antara amalan jahiliah arab mesir yang masih tak boleh di kikis.. kerana terlalu menebal.. biasanya speaker besar dan muzik yang menggegarkan imarah ni di pasang 3 kali.. kali pertama hari menjahit tilam dan bantal.. pastu hari apa ntah.. kali ketiga hari persandingn.. ini la acara besar-besaran.. dan ramai la akan menari pada hari ni.. pening kepala klu ade majlis kawen kat umah kami.. tetamu plak hanya di jamu dengn air gas.. dan sedikit roti.. pastu menari la.. tu je yang aku tau.. tak de la hidanagn maknn macam kat malaysia.. mungkin klu buat di hotel ade hidanagn.. tapi aku tak pernah plak gi.. hehehe

Sampai je umah tadi aku ketuk pintu.. Majdi sorang je ade kat umah.. ahli bait yang lain ntah kemana.. macam ni la klu musim cuti.. jarang lekat kat umah.. 3 org dah balik malaysia.. tinggallah kami berenam.. dan jarang plak boleh bersama.. memasing sibuk.. habis sahaja jawab pekse tadi aku trus ke Dauran kerana tekah berjanji dengn Tapa nak beli baju kat Markaz sama2.. tapi baju yang kami nak beli tak de saiz plak.. so cancel la plan... nak ke rumah atas markaz.. aku terus tidur keletihan.. semalaman tak tidur.. study la konon2.. bngun solat zohor dan di ajak mkn nasi oleh tuan rumah.. aku plak tak payah ajak banyk kali bab mkn ni.. trus gi je.. danaku pun tak suka panggil orang bnyk kali klu nak mkn.. klu nak cepat la.. klu tak nak sudah... senang.. malu mkn perut lapar di pegang sebagai perinsip makan.. hehehe


Lepas mkn mata masih mengantuk.. sambung balik. tak baik tidur pas mkn.. tapi sbbkan penat sngt.. aku tawakkal juga tidur.. ade ke tidur tawakkal?.. ade kot.. hehehe... bngun solat asar.. aku meneruskan perjalnn balik kerumah.. jauh gak Dauran ngn umah aku.. mau 20 minit jalan kaki.. sbbkan jauh sngt.. aku singgah kat umah kawan.. sembang2.. maghrib masuk. derang jak mkn berbuka pose sekali.. pucuk di cita , ulam mendatang.. sebelum duduk sudah bersila.. maknn di hidang aku menyantap. tapi dengn penuh kesopann dan kesusilaan.. pas solat maghrib aku kluar dan singgah plak umah Hafes.. Isyak dah nak masuk..

Sambil bersembang.. Azan Isyak berkumandang.. bingkas bangun nak amik wudhuk aku ternmpk plak azizah di atas meja.. aku pun trus menajamah dengn bismillah.. eh.. apa azizah tu? awek ker?.. tak de la .. mknn la.. mungkin campuran tepung beras susu gula dan kelapa parut.. di masak sehingga menjadi seperti kuih tepung talam.. tapi tak la macam tepung talam sangt.. knp nama dia azizah? knp tak latifah atau cik kiah?.. ntah la.. aku pun tak pernah tnya...

Alunan muzik dari majlis kawen di luar masih kedengan menggegarkan imarah kami.. ahli bait tak kelihatan.. aku je duk umah.. aku nak istareh syuwayya(rehat sekejap) selepas habis je amik pekse ni.. mungkin pasniaku akn lebih sibuk.. bnyk kerja nak di buat.. musim panas bnyk program.. pasni akan ade la kerja2 di bawah terik matahari.. kulit kau yang tak berapa putih ni akan bertambah gelap.. tapi tak pe la.. best gak.. pepatah arab mengatakan.. Diri kamu, jika tak di sibukkan dengan kebaikan.. kamu akan sibukknnya dengan kebatilan.. wallahu a'lam..

~alunan muzik terus menggegarkan~ sesekali ade gaklagu yang best di pasang.. hehehe~

Saturday, August 9, 2008

MEDAN JUANG....

Bismillah.. Walhamdulillah... dah seminggu aku tak tepon M'sia.. rindu plak nak dengar suara mak... dah hampir 3 tahun tak jumpa kluarga kat M'sia.. klu biasanya aku tepon umah mak je bnyk cakap.. aku dengr crita mak je.. ayah tak bnyk cakp dengan aku.. mungkin lelaki sama lelaki memang tak bnyk cakap kot. lagipun ayah tak leh berdiri lelama..(tepon aku atas almari)...cepat letih.. sejak kene rawat di HKL beberapa tahun lalu di sebbkan kanser.. antibody ayah aku lemah.. mudah letih... kalau cakap lama skit je ayah aku akan pas kat mak plak.. tapi kali ni aku tepon umah, adik lelaki aku yang berusia 22 tu yang angkat.. kami panggil dia Mad.. mak ayah tak de... derang gi KL umah kakak2 aku.. hantar rambutan kepada cucu2 derang.. kakak2 nak balik payah, so.. mak ayah aku pun pegi la hantar.. rambutan bnyk kat kebun.. nak mkn sendiri tak terhabis.. dibahagi2 gak kat sedara-mara dan jiran2..

Lama dah tak sembang ngn Mad.. dia amik SPM thun ni selepas 5 tahun memondok sambil amik syahadah al-Quran.. Alhamdulillah tahun lepas dia berjaya bergelar Hafiz.. sementara menunggu untuk masuk sekolah agama rakyat untuk amik SPM.. beliau bekerja sebagai pendakwah di sebuah kampung di daerah Maran dan janjikan gaji 1000ringgit sebulan.. penduduk kampung ini terdiri dari kalangan org melayu dan org asli.. tugas Mad kat kampung ni mengajar mengaji berdakwah dan membanci.. dan mengimarahkan surau kampung tu yang pada mulanya dah naik hutan.. tapi sejak Mad berada di kampung tu, dialah yang menjadi imam di surau tu... sepatutnya di bertugas berdua... tapi kawan Mad sorang lagi ntah kemana perginya..

Masa aku tepon umh tadi Mad yang angkat.. macam2 kami bualkan.. dan macam biasa.. topik kawen tak terlepas dari perbincangan.. hehehe.. biasala dan umur2 macam ni.. topik kawen memang menjadi topik biasa.. dan aku tertarik dengan pengalaman Mad yang bnyk menyertai program2 kem yang aku tak pasti apa nama program tu.. dan beliau baru saja balik dari kem yang diadakan di Kampung Janda Baik di Bentong.. dan program ni di anjurkan oleh plaja2 Madinah.. dan biasa la bebudak Madinah ni.. banyk yang di bid ah kan.. itu la antara pengalaman dia berhadapan dengan golongan Wahabi yang semakin berpengaruh di M'sia.. tapi bila balik kem selama 3 hari kot.. ayah aku tnya Mad " gi janda baik buat apa?" dengan berseloroh Mad buat lawak cari penyakit dengan ayah aku "cari janda la.." apa lagi membebel la ayah aku.. " Mad jawab lagi.. "Siti Khadijah pun janda" tambah lagi penyakit.. maka kene la bebel lagi.. tapi Mad senyap jer.. niat begurau dengan ayah dah jadi lain.. hehehe..

Mad juga menceritakan pengalaman dia berhadapan dengn orang yang bersembahyang niat.. dan ketua Kristian yang mengugut beliau semasa belilau bekerja sebagai pendakwah.. dan kene marah dengan org asli ketika membanci.. tapi walaupun sorang Mad ni agak berani menjawab dan dengan ilmu yang ade di dada macam2 macam2 ayat Al-quran di baca untuk persediaan jika di serang oleh orang asli yang berang dengan pembanci yang datang membanci dan berjanji tanpa membawa perubahan di kampung mereka.. tapi tugas adik aku hanya membanci.. yang memberi bantuan adelah kerajaan.. klu kerajaan tak bagi nak wat macam mna kan?.. tapi Alhamdulillah Mad berjya mengawal keadaan.. tiada apa2 yangbruk terjadi... Mad juga menceritakan ade org asli yang kluarganya dah jadi 69.. tonggang terbalik.. org tu suka kat bini besan dia.. sesuka je dia amik duk umah dia.. tapi derang kafir.. so tak de taklifan..

Tempat tinggal bagi Mad adelah surau jer.. dia duk sorang jer.. malam2 Mad juga pernah di ganggu oleh Jin.. tapi dia ni berani orangnya.. tak macam aku.. klu aku dah cabut lari agaknya.. dia juga pernah menjampi orang asli yang demam.. dan bila org asli tu sembuh dia tnya apa yang Adik aku baca?.. Mad pun menerangkan tentang ayat2 Al-quran pada orang asli tu.. dan nampak gayanya org asli ni dah tertarik dengan keindahan Islam.. dan ade beberapa orang lagi makin hampir dengn Islam.. tapi Mad terpaksa berhenti kerana nak sambung blaja.. dan masalah gaji juga satu hal.. gaji yang di janjikan 1000ringgit.. hanya di berikan beberapa ratus sahaja.. macam mana nak mkn klu macam tu? dah kerja pun kene mak ayah gak tanggung... alasan yang boss dia bagi.. boss dia ade masalah kewangan.. tapi masalahnya peruntukan tu ade.. boss yang kebas agaknya.. "itu antara dia dengan Allah la" kata Mad.. so terpkasa berhenti setelah bekerja lebih kurang dua bulan..

Apa yang aku lihat dari macam2 pengalaman Mad berhadapan dengan berbagai ragam manusia, ade yang melucukan.. ade yang menggeramkan.. ade gak yang menyedihkan.. ternyata medan perjuangan itu sangt la sukar.. kerana syurga itu manis.. dan rasa takut plak aku nak menghadapinya ketika balik nnti.. rasa macam tak nak balik pun ade.. tapi sampai bila nak lari dari medan perjuangan.. dan aku juga berfikir.. patutlah Parti Islam tak menang2 kat Maran.. ternyata ramai lagi manusia yang jahil dan anti agama kat situ.. patutnya org2 macam ni dah pupus di zaman kebangkitan Islam di M'sia pada tahun 80-an dulu..doakan kejayaan Mad dalam SPM tahun ni.. nak sambung U tempatan katanya.. sedar tak sedar dah sejam lebih kami berbual.. nak habis satu kad evoiz aku 5 usd.. tapi perbulan kami tak sia2.. banyak aku blaja dari pengalaman adik aku. walaupun dia muda dari aku. ternyata pengalaman dia berdakwah lebih luas.. Perjuangan perlu di teruskan.. sekian..

Thursday, August 7, 2008

SEWA RUMAH NAIK LAGI...

Bismillah.. Walhamdulillah.. tgh ade bersama2 kawan2 serumah bersembang lepas asar semlm.. tetiba.. "weii.. tuan rumah datang.." adoi.. nak kutip sewa la plak.. dan masalahnya dia dah datang awal bulan aritu.. dia dah bagi tau nak naikkan sewa rumah.. aku bingkas bangun bersalam ngn tuan rumah.. Nasir namanya..

"macam mna ni?.. kita nak bayar 700 geneh ker?' tny aku kepada hanif.. "entah la.." jawab hanif serba salah.. sewa asal 625geneh.. tapi dah di naikkan 25 geneh thun lepas.. dia kata sbb kami dah duk sini 3 tahun.. padahal masa tu tak sampai lagi 3 thun.. so skang 650 geneh.. dan nak naikkan lagi 50 geneh.. "cop.. mai la tgk ni" aku panggil yusuf.. dia ni biasa skit bab2 ni.. "sat aku nak balas mesej"

Aku trus berfikir.. klu boleh nak cari tektik supaya sewa tak dia naikan.. dalam masa yang sama aku tak selesa tuan rumah lama menunggu.. aku kluarkan 650 geneh dan aku bayar kat tuan umah.. aku bagi tau dia.. kawan2 aku ramai yang balik malaysia..memang 3 org ahli umah aku balik malaysia.. ketiga2 nya budak baru.. adoi.. aku yang lama ni tak balik2 lagi.. cobaan... "baki nnti la aku bagi" kataku kepada tuan umah.. dia pun setuju... dia minta sewa umah bawah ngn atas sekali.. aku cakap kat dia nnti aku turun bagi tau derang.. bebudak umah bawah aku ni berhati kering skit.. derang berani tawar menawar.. aku tak sampai hati klu tuan umah wat muka kesian.. tapi aku pun kene kasihankan diri aku gak..

Sampai umah bawah, aku bagitau bebudak umah bawah dan aku ym bebudak umah atas suh turun.. tapi bdk umah bawah ni jenis rilek. walaupun tuan umah sedang tggu derang bergerak ngn selamber.. macam tak de apa2 pun.. merimaskan aku.. tapi aku tggu gak derang.. sbb derang ni hati kering dalam bab tawar menawar ni...

Kami naik atas sama2.. semua senyap tak tau nak mulakan perbualan. dalam setengah minit Zulkahir mulakan perbualan dan tawar-menawar.. aku senyap je sbb umah aku dah bayar.. dan umah atas ngn bawah belum bayar lagi.. klu uamh aku naik 50 geneh.. uamah derang naik 75 geneh.. dari harga 425 geneh.. tuan umah nak 500 geneh.. maka panjangla tawar menawar.. dan tuan umah janji ngn aku.. 50 geneh baki tu tak yah bayar.. nti dia baiki kipas ngn pintu tandas.. tapi sampai saat aku tulis blog ni tak de pun org datang baiki.. dan pintu tandas tu dia janji nak ganti tahun lepas lagi.... sabar dan trus bersabar...

Ni la masalahnya klu menyewa kat negara org ni.. klu kat malaysia.. lampu terbakar pun tuan umah yang ganti.. tapi kat sini.. nak baiki umah pun cas atas penyewa.. kerosakan tanggung la sendiri.. sabo je la.. klu kerosakan tu boleh la terima.. sbb kita yang buat.. tapi nak pasang mozek nak cat umah.. kita plak kene cas.. tak bayar kang kene halau saja jer.. dah la kat sini payah nak dapat umah.. ini plak antara umah yang murah.. sabo je la.. lagipun insyallah aku balik thun ni.. generasi yang mendatang macam mna la nasibnya.. tapi klu pinjaman tggi tak la masalah sngt...

Perbincangn tru berlalu.. sampai kawan aku cakp klu naik gak kami cari uamh lain.. tuan umah cakp.. cari la.. ramai lagi nak dukini.. hampeh.. tak risau langsung.. padahal klu org mesir yang sewa jauh lebih murah lagi dari kami.. tuan umah kata kawan aku bnyk cakp.. aku balas balik.. klu org mesir lagi teruk.. 25sen pun banyak cakp.. dia senyap jer. dia suh bayar cepat sbb dia ade kerja.. dan setelah hampir sejam.. kami tak berjaya kurangkan sewa.. dia tetap ngn harga yang dia bagi.. kami dengn kecewa akur.. adat duk negara org macam ni la.. perkataan kawan aku yang last kepada tuan umah.. "tgk ni. kami semua marah ngn harga ni" tuan uamh dengan senyum sbb dapat duit"tak per, jgn marah2.. assalamaualikum.. mengeluh la kami semua. sekian..

Sunday, August 3, 2008

REMAJA..

Bismillah... Walhamdulilah.. kalau mengikut takrif yang aku amik dari internet.. golongan remaja adelah golongan yang berumur permulaan baligh.. 11-12 bagi perempuan dan 13 14 bagi lelaki.. sehingga 21 - 25 tahun masih di anggap remaja... aku pernah mendengar ceramah seorang Habib dari Indonesia mengenai remaja... Habib biasanya gelaran yang digunakan oleh keturunan Rasulullah yang berasal dari Yaman.. macam Syed gak la.. tapi beliau berceramah dengan bahasa Indonesia..


Beliau membahagikan remaja kepada 5 golongan:-


1) Tipper remaja Wajib : Remaja ini adanya di senangi dan ketiadaannya dirindui oleh semua orang.. berbahagialah glongan ini.. tapi macam mna nak mencapai tahap ini?.. mestilah ade ilmu.. kemahiran dan rendah diri.. nescaya akan termasuk di kalangan golongan ini...


2) Tipper remaja Sunat : Remaja ini plak... adanya di senangi oleh semua orang.. tapi tiadanya tak dirindui.. golongan ini masih bernasib baik... kerana adenya masih di rasai oleh orang ramai...


3) Tipper remaja Mubah : Remaja ini tak la malang sangat.. kerana ada dan tiadanya tak di rasai oleh orang ramai.. pendek kata adanya seperti tiada.... sebb adenya tak memberi manfaat dan tiadanya tidak memudharatkan..


4) Tipper remaja Makruh: Remaja ini agak kurang menyenangkan.. kerana adenya tidak menyenangkan orang ramai... mungkin ade sahaja yang tak kena.. dan tiadanya juga tak di rasai oleh orang ramai.. tak ok la klu jadi macam ni.. dan lebih malang lagi bagi golongan yang kelima...


5) Tipper remaja Haram : Remaja ini adelah yangpaling malang.. kerana adenya tak di senangia oleh semua orang.. dan ketiadaannya amat menyenangkan orang... macam mna boleh jadi macam ni?.. sebb dah la jahil.. adenya menyusahkan.. dan klu dia takde orang akan lebih senang hati..


tapi kita nak pilih yang mna? kita pilihlah yang terbaik untuk kita.. Wallahua'lam

Saturday, August 2, 2008

SEMBANG2 MALAM..

Bismillahirrahmanirrahim... selawat dan salam ketas junjungn besar Nabi Muhammad S.A.W...

Semalam aku bersembang dengan seoarng kawan dari Singapura.. banyak yang kami sembangkan dari cerita bab agama hinggalah pasal negara.. dan kami sembang gak pasal kawen.. opss.... nnti dulu.. apa yang kami sembangkan?....

Dia bertanya pendapat aku tentang kawen di alam belajar... dan dia pelik kenapa ramai pllaja Mesir kawen masal blaja.. bagi perempuan plak.. mana nak jaga suami.. mna nak blaja.. mana nak jaga rumah tangga.. dah tu dah kawen takkn mak ayah nak tanggung lagi kot?...tapi aku dengan selamber menjawab persoalan nya satu persatu... bukan la terer sangt.. tapi just nak betulkan pandangn yang agak salah itu...

Aku pernah mendengar hadis dari Abu Darda' bahawa Nabi S.A.w bersabda.. bukan di kalangan kami sesiapa yang meninggalkan pernikahan kerana takut kepada kepapaan" dan Nabi S.A.W juga menyatakan dalam hadis yang lain.. 'pernikahan adelah sunnah kan' dan hadis lain menyatakan.. "wahai pemuda2.. sesiapa yang mampu di kalangan kamu maka bernikahlah" dan apa yang kita dapat paham di sini secara zahirnya.. dan bahawa islam itu meletakkan perkahwinan adelah jalan penyelesaian yang mudah bagi mengelakkan dari kita terjerumus ke lembah yang hina.. tapi oleh kerana pemikiran kita yang takut dan syak pada rezeki.. maka kita telah membelakangkan sunnah dah jalan penyelesaian yang Allah dan Rasulnya tunjukkan pada kita.. ade sebuah kisah yang di tulis postkan oleh kawan saya di blognya yang menceritakan rezeki di alam perkahwinan.... http://abu-syathibi.blogspot.com/2008/07/rezeki-perkahwinan.html


Akibat daripada kefahaman masyarakat kita yang tak mau bertolak ansur dalam perkara ini.. maka ramailah remaja2 kita yang dalamnya bergelora.. tapi takut nak menempuh alam perkahwinan dan jahil pada agama memilih untuk bersekedudukan tanpa nikah.. dan ade yang telah melahirkan dua org anak tapi masih duduk serumah.. nak kawen? nnti mak ayah tak mau tanggung plak derang nak belajar.. alangkah malang dan gelapnya masa depan kanak2 yang di lahirkan dari perbuatan yang sumbang ini dan akibat dari fahaman yang menampkkan bahawa perkahwinan itu susah...


Aku pernah mendengar sebuah kisah yang di ceritakan oleh Ustaz azhar Idrus dalam Cdnya.. Dia menceritakan sebuah kisah seorang pencuri kain kapan.. dan jika ade sahaja jenazah yang baru di tanam maka si pencuri ini akan menggali kubur simati pada malam harinya untuk mencuri dan menjual kain kapan tersebut.. dan sehinggalah berpuluh2 mayat telah di curi kain kapannya maka timbullah rasa mahu bertaubat dalam diri si pencuri itu.. lalu dia berjumpa dengan seorang ualama.. dan dia menceritakan pada ulama tersebut bahawa hampir semua mayat yang di tanam.. siangnya menghadap kiblat.. dan pada malamnya membelakangkan kiblat.. maka ulama itu menjawab bahawa.. "itulah orang2 yang syak pada rezki"


Bagi seorang muslim yang beriman sepatutnya percaya rezeki setiap makhluk itu telah di tentukan oleh Allah.. dan sesiapa yang membuat sesuatu perkara kebaikan(perkahwinan) itu kerana takut kepada maksiat dan mencari keredhaan Allah nescaya Allah akan tolong.. dan aku melihat kengkawan aku yang berkahwen di Mesir ni tak de lagi yang mati kebuluran.. walaupun kekadang agak sesak duitnya.. tapi tetap boleh mkn.. tambah2 plak mak ayah derang yang berada.. makin tembam la anak dan pasangan itu.. mana taknya duk umah layan anak isteri jer.. hehehe.. gurau jer...


Berbalik pada cerita kawan aku dari singapura tadi.. sebenarnya dia berkenan dengan pelajar Malaysia yang belajar di Mesir.. dan dia pernah menceritakan kepada ayah dia tentang kawannya yang juga org Singapura berkahwin dengn org Malaysia... dan mungkin permulaan perbualannya sebelum menyatakan hasratnya yang mahu berkahwen dengn org Malaysia juga.. tapi ayah dia terus kata.. "Kawen ngan org Malaysia? nak makan apa? dah la politik Malaysia kucar-kacir.. rasuah bnyk.. bla bla bla...".. mengeluh kawan aku tadi.. terbantut nak bercerita.. kerana leteran ayah dia yang agak panjang...


Apa yang aku nampak kat sini.. itulah mungkin pandangn org luar kepada negara kita.. mungkin bukan sorang yang berpandangn macam tu.. macam la org Malaysia ni papa kedana sampai nak mkn pun payah.. tapi tak leh nak salahkan derang.. sbb inilah akibatnya klu kita tersalah memilih pemimpin dan ade yangtak amik kesah dalam memilih pemimpin negara.. klu kita tgk masa thun 70-an singapura memang sama taraf je ngn malaysia.. tapi bila dah berpisah dengn Malaysia dia terus maju.. dan ternyata rasuah memang membantutkan kemajuan sesebuah negara itu.. kesimpulannya.. pilihlah pemimpin yang ade ilmu agama untuk memimpin kita di dunia dan menuju ke akhirat.. sekian.....