DARI BUMI JORDAN...
Alhamdulillah.. segala puji bagi allah tuhan sekalain alam.. Selawat dan salam keatas jujungan besar kita Muhammad S.A.W.. arini 3 ramadhan.. aku berada di Muktah jordan.. baru je balik dari bandar karak.. sempat juga masuk cc untuk menulis sedikit apa yg berlaku sepanjang perjalann kami untuk tatapan org yg minat membuka blog ni.. tima kaseh kepada yg sudi menjenguk blog ambe ni...
Malam 31.... kalau di malaysia malam n ramai penduduknya menyambut hari kemerdekaan dan bergembira menunggu detik 12 mlm.. tapi mlm yg sama aku bersama 40 sahabt dari mesir menuju ke pelabuhan nuwaibak... 7 pagi keesokan harinya kami sampai ke nuwaibak.. kami di jangka akan bertolak pkl 2 petang.. agak penat.. sambil duduk di dewan menunggu sempat jga aku melelapkan mata kerana keletihan.. 11pagi.. kami di beritahu kapal sudah sampai.. kami persiap sedia dngn barang beratur di luar dewan untuk masuk kedalam port.. kelihatan ribuan org arab dari pelbagai negar arab.. dan hanya kami 40 org je org malaysia beratur di tgh panas.. nasib baiklah boleh minum... 2 petang kami masih mnunggu untuk masuk ke port..sudah separuh dari kami telah berjaya menusup masuk ke dalam port.. bagi kami yg tak brapa berani ni di halau semula msuk kedalam dewan.. dan kami di beritahu kapal yg kami akan naiki dan terlepas kerana sudah ramai penumpang...
6ptg.. kami masih menunggu dan perut sudah lapar kerana hny sempat menjaah nasi yg di bawa oleh seorang kawan pada pagi tadi.... dan azan maghrib berkumandang.. barulah kami org2 malaysia yg sedang meunggu di berikeutamaan masuk.. dan masih ramai org arab yg tak di benarkan masuk.. sedikit lega.. setelah lepas dari kaunter imigresen kami menuggu di dalam dewan.. dan kelihatan pintu untuk keluar terbuka.. kami keluar dewan dan ida bas kelihatan.. kami menunggu dan dua org dari kami pergi untuk melihat suasana di tepi kapal.. pintu keluar di tutup.. kami 38 org terkurung di dalam dewwan.. sehingga la tgh mlm.. 2 org kawan kami memberitahu mereka telah naik kapal dan berangkat ke jordan.. dan ntah macam mna.. 2 org lagi di kalangn kami berjaya lolos dan menaiki kapal menuju ke jordan.. dan kami masih di dalam dewan... arab masih berpusu2.. kami tidak di benarkan keluar dewan menunggu kerana polis yg menjaga memberitahu sudah ramai menunggu di kapal...
mlm satu ramadhan.. kami bersahur dengn roti dan ayam bakar yg sempat di beli oleh ust hasnol(ketua kami).. pada mulanya ust mengorder 8 ekor ayam untuk kami.. tapi pekedai tu bagi org lain dulu.. sedangkan kami yg order dulu.. maka hanya 4 ekor ayam dan roti untuk kami 36 org bersahur pada permulaan ramadhan.. alhamdulillah kenyang juga... sehinggalah subuh kami kasih bertapa di dewan menunggu.. tak sangka plak jadi macam ni.. aku plak tak membawa bekalan mknn.. kerana menjangkakan perjalann kami mudah.. ust hasnol juga memberitahu.. tahun lepas eliau melalui port niwaibak ini tak la sesibuk ini..
2 ptg.. setelah tidur dan bngn kerana menunggu kapal.. akhirnya kapal yg kami tggu sampai.. tapi kami terpaksa berebut2 dengan ratusan penumpang yg lain.. org malaysia di beri keutamaan oleh polis yg bertugas.. tapi oleh kerana semuanya nak cepat.. kami terpaksa berebut2 dngn penumpnag arab yg gagah2 belaka.. sehinggalah ade yg di tolak muka oleh polis dan ade juga yg di ketuk dengn pistill. dan kejadian itu betul berlaku di tepi aku.. nasib baiklah polis tu tak ketuk aku.. kecut juga perut.. 5.30 ptg9waktu jordan dan Alhamdulillah.. semua rombongn kami berjaya sampai ke port Aqaba(agaba dalam sebutan jordan) sempat berambar dan solat jamak taakhir.. dan berbuka puasa dengn megi mentah.. di port. sambil mkn biskut dan air mineral...
7. mlm.. setelah pasport kami di cop.. kami menunggu bas untuk menuju ke muktah... bas yg di offer kepada kami 7 dinar seorang.. ust hasnol bertanyakan kepada seorang pekedai berapa tambang yg biasa di ambil.. pekedai tu kata 4 dinar je.. maka proses tawar menawar berkalu.. tpi arab jordan ni tak mau mengalah.. tetap kami kene bayar 6 dinar seorang.. maka ust hasnol amik keputusan pergi ke stesen bas dan bawa bas kepada kami.. tawar menawar berlaku di stesen bas.. seorang pemandu setju dengn harga 4 dinar.. tapi ade plak yg bantah.. sehinggala harga naik 7 dnar.. balik dengn tgn kosong ke port.. dan menunggu bas yg lain.. sempat juga pekena megi cup yg berharga 60sen(dinar.. ) kami terpaksa berkira dengn harga yg di tawarkan kerana.. 1 dinar bersamaan dengn 5 ringgit malaysia.. dan 7 geneh mesir.. kalau 4 di nar bermakna kami kene bayar 20 ringgir seorang.. dan kalau 6 dinar.. kira la sendiri.. dan kami plak 36 org.. alangkah tercekiknya kami.. walaupun nmpk mudah.. tapi klu di badingkan dengn duit mesir dan malaysia.. tambang kat sini teramat la mahal...
12 mlm.. kami terpaksa mengalah dan menerima tambah 6 dinar setiap seorg... 5.30 pagi sampai di muktah... 11 pagi melawat gua ashabul kahfi.. 12 tghhari membeli tiket ke saudi di bandar utama jordan isitu Amman.... 3 ptg mandi di laut mati... 4 petang balik ke muktah... dan berbuka pose .. nasib baiklah dah di masak.. kali pertama menyentuh nasi setelah dua hari.. aktiviti mlm bebas..
3 ramadhan..aku bngun masak bersahur bersama beberapa org kawan.. nasib baiklah kami tidak bmenginap di hotel.. tapi kami menginap di rumah pelajar dan sebahagiannya termasuk aku menginap di markaz palaja malaysia di muktah... setelah azan aku benhenti bersahur.. dan rupa2 nya di jordan azan subuh sebnyk dua kali.. maka rugi la kami sbb tak tau.. setelah azan pertama kami semua berhenti mkn.. rugi.. hehehhe... aktiviti harini.. ke universiti muktah sambil di pandu oleh suadara ikhwan(anak mb perak sekarang).. dan bergambar2 di sekitar unversiti muktah.. malas plak aku nak tulis maklumat universiti ni.. sbb bnyk sngt...
selepas tu kami ke bandar karak dan ke makam nabi Nuh.. dan tujuan lainnya nak beli bundle yg murah2 katanya di jordan ni.. tapi tak jumpa plak.. balik ngn tgn kosong.. jap lagi kami akan ke medan Muktah.. tempat di mana berlakunya perang Muktah.. perang yg berlaku antara tentera islam dan Rom.. dan serama.. 12 org sahabat telah gugur syahid.. esok 4 ramadhan 12 tghri kami akan ke amman untuk bertolak ke madinah... semoga perjalann kami selamat dan di berkati Allah..
~gambar2 tak di masukkan sekali sbb aku tak de usb.. segala kesalahan ejaan harap2 di fahami sbb malas dan nak edit..