Thursday, August 7, 2008

SEWA RUMAH NAIK LAGI...

Bismillah.. Walhamdulillah.. tgh ade bersama2 kawan2 serumah bersembang lepas asar semlm.. tetiba.. "weii.. tuan rumah datang.." adoi.. nak kutip sewa la plak.. dan masalahnya dia dah datang awal bulan aritu.. dia dah bagi tau nak naikkan sewa rumah.. aku bingkas bangun bersalam ngn tuan rumah.. Nasir namanya..

"macam mna ni?.. kita nak bayar 700 geneh ker?' tny aku kepada hanif.. "entah la.." jawab hanif serba salah.. sewa asal 625geneh.. tapi dah di naikkan 25 geneh thun lepas.. dia kata sbb kami dah duk sini 3 tahun.. padahal masa tu tak sampai lagi 3 thun.. so skang 650 geneh.. dan nak naikkan lagi 50 geneh.. "cop.. mai la tgk ni" aku panggil yusuf.. dia ni biasa skit bab2 ni.. "sat aku nak balas mesej"

Aku trus berfikir.. klu boleh nak cari tektik supaya sewa tak dia naikan.. dalam masa yang sama aku tak selesa tuan rumah lama menunggu.. aku kluarkan 650 geneh dan aku bayar kat tuan umah.. aku bagi tau dia.. kawan2 aku ramai yang balik malaysia..memang 3 org ahli umah aku balik malaysia.. ketiga2 nya budak baru.. adoi.. aku yang lama ni tak balik2 lagi.. cobaan... "baki nnti la aku bagi" kataku kepada tuan umah.. dia pun setuju... dia minta sewa umah bawah ngn atas sekali.. aku cakap kat dia nnti aku turun bagi tau derang.. bebudak umah bawah aku ni berhati kering skit.. derang berani tawar menawar.. aku tak sampai hati klu tuan umah wat muka kesian.. tapi aku pun kene kasihankan diri aku gak..

Sampai umah bawah, aku bagitau bebudak umah bawah dan aku ym bebudak umah atas suh turun.. tapi bdk umah bawah ni jenis rilek. walaupun tuan umah sedang tggu derang bergerak ngn selamber.. macam tak de apa2 pun.. merimaskan aku.. tapi aku tggu gak derang.. sbb derang ni hati kering dalam bab tawar menawar ni...

Kami naik atas sama2.. semua senyap tak tau nak mulakan perbualan. dalam setengah minit Zulkahir mulakan perbualan dan tawar-menawar.. aku senyap je sbb umah aku dah bayar.. dan umah atas ngn bawah belum bayar lagi.. klu uamh aku naik 50 geneh.. uamah derang naik 75 geneh.. dari harga 425 geneh.. tuan umah nak 500 geneh.. maka panjangla tawar menawar.. dan tuan umah janji ngn aku.. 50 geneh baki tu tak yah bayar.. nti dia baiki kipas ngn pintu tandas.. tapi sampai saat aku tulis blog ni tak de pun org datang baiki.. dan pintu tandas tu dia janji nak ganti tahun lepas lagi.... sabar dan trus bersabar...

Ni la masalahnya klu menyewa kat negara org ni.. klu kat malaysia.. lampu terbakar pun tuan umah yang ganti.. tapi kat sini.. nak baiki umah pun cas atas penyewa.. kerosakan tanggung la sendiri.. sabo je la.. klu kerosakan tu boleh la terima.. sbb kita yang buat.. tapi nak pasang mozek nak cat umah.. kita plak kene cas.. tak bayar kang kene halau saja jer.. dah la kat sini payah nak dapat umah.. ini plak antara umah yang murah.. sabo je la.. lagipun insyallah aku balik thun ni.. generasi yang mendatang macam mna la nasibnya.. tapi klu pinjaman tggi tak la masalah sngt...

Perbincangn tru berlalu.. sampai kawan aku cakp klu naik gak kami cari uamh lain.. tuan umah cakp.. cari la.. ramai lagi nak dukini.. hampeh.. tak risau langsung.. padahal klu org mesir yang sewa jauh lebih murah lagi dari kami.. tuan umah kata kawan aku bnyk cakp.. aku balas balik.. klu org mesir lagi teruk.. 25sen pun banyak cakp.. dia senyap jer. dia suh bayar cepat sbb dia ade kerja.. dan setelah hampir sejam.. kami tak berjaya kurangkan sewa.. dia tetap ngn harga yang dia bagi.. kami dengn kecewa akur.. adat duk negara org macam ni la.. perkataan kawan aku yang last kepada tuan umah.. "tgk ni. kami semua marah ngn harga ni" tuan uamh dengan senyum sbb dapat duit"tak per, jgn marah2.. assalamaualikum.. mengeluh la kami semua. sekian..

Sunday, August 3, 2008

REMAJA..

Bismillah... Walhamdulilah.. kalau mengikut takrif yang aku amik dari internet.. golongan remaja adelah golongan yang berumur permulaan baligh.. 11-12 bagi perempuan dan 13 14 bagi lelaki.. sehingga 21 - 25 tahun masih di anggap remaja... aku pernah mendengar ceramah seorang Habib dari Indonesia mengenai remaja... Habib biasanya gelaran yang digunakan oleh keturunan Rasulullah yang berasal dari Yaman.. macam Syed gak la.. tapi beliau berceramah dengan bahasa Indonesia..


Beliau membahagikan remaja kepada 5 golongan:-


1) Tipper remaja Wajib : Remaja ini adanya di senangi dan ketiadaannya dirindui oleh semua orang.. berbahagialah glongan ini.. tapi macam mna nak mencapai tahap ini?.. mestilah ade ilmu.. kemahiran dan rendah diri.. nescaya akan termasuk di kalangan golongan ini...


2) Tipper remaja Sunat : Remaja ini plak... adanya di senangi oleh semua orang.. tapi tiadanya tak dirindui.. golongan ini masih bernasib baik... kerana adenya masih di rasai oleh orang ramai...


3) Tipper remaja Mubah : Remaja ini tak la malang sangat.. kerana ada dan tiadanya tak di rasai oleh orang ramai.. pendek kata adanya seperti tiada.... sebb adenya tak memberi manfaat dan tiadanya tidak memudharatkan..


4) Tipper remaja Makruh: Remaja ini agak kurang menyenangkan.. kerana adenya tidak menyenangkan orang ramai... mungkin ade sahaja yang tak kena.. dan tiadanya juga tak di rasai oleh orang ramai.. tak ok la klu jadi macam ni.. dan lebih malang lagi bagi golongan yang kelima...


5) Tipper remaja Haram : Remaja ini adelah yangpaling malang.. kerana adenya tak di senangia oleh semua orang.. dan ketiadaannya amat menyenangkan orang... macam mna boleh jadi macam ni?.. sebb dah la jahil.. adenya menyusahkan.. dan klu dia takde orang akan lebih senang hati..


tapi kita nak pilih yang mna? kita pilihlah yang terbaik untuk kita.. Wallahua'lam

Saturday, August 2, 2008

SEMBANG2 MALAM..

Bismillahirrahmanirrahim... selawat dan salam ketas junjungn besar Nabi Muhammad S.A.W...

Semalam aku bersembang dengan seoarng kawan dari Singapura.. banyak yang kami sembangkan dari cerita bab agama hinggalah pasal negara.. dan kami sembang gak pasal kawen.. opss.... nnti dulu.. apa yang kami sembangkan?....

Dia bertanya pendapat aku tentang kawen di alam belajar... dan dia pelik kenapa ramai pllaja Mesir kawen masal blaja.. bagi perempuan plak.. mana nak jaga suami.. mna nak blaja.. mana nak jaga rumah tangga.. dah tu dah kawen takkn mak ayah nak tanggung lagi kot?...tapi aku dengan selamber menjawab persoalan nya satu persatu... bukan la terer sangt.. tapi just nak betulkan pandangn yang agak salah itu...

Aku pernah mendengar hadis dari Abu Darda' bahawa Nabi S.A.w bersabda.. bukan di kalangan kami sesiapa yang meninggalkan pernikahan kerana takut kepada kepapaan" dan Nabi S.A.W juga menyatakan dalam hadis yang lain.. 'pernikahan adelah sunnah kan' dan hadis lain menyatakan.. "wahai pemuda2.. sesiapa yang mampu di kalangan kamu maka bernikahlah" dan apa yang kita dapat paham di sini secara zahirnya.. dan bahawa islam itu meletakkan perkahwinan adelah jalan penyelesaian yang mudah bagi mengelakkan dari kita terjerumus ke lembah yang hina.. tapi oleh kerana pemikiran kita yang takut dan syak pada rezeki.. maka kita telah membelakangkan sunnah dah jalan penyelesaian yang Allah dan Rasulnya tunjukkan pada kita.. ade sebuah kisah yang di tulis postkan oleh kawan saya di blognya yang menceritakan rezeki di alam perkahwinan.... http://abu-syathibi.blogspot.com/2008/07/rezeki-perkahwinan.html


Akibat daripada kefahaman masyarakat kita yang tak mau bertolak ansur dalam perkara ini.. maka ramailah remaja2 kita yang dalamnya bergelora.. tapi takut nak menempuh alam perkahwinan dan jahil pada agama memilih untuk bersekedudukan tanpa nikah.. dan ade yang telah melahirkan dua org anak tapi masih duduk serumah.. nak kawen? nnti mak ayah tak mau tanggung plak derang nak belajar.. alangkah malang dan gelapnya masa depan kanak2 yang di lahirkan dari perbuatan yang sumbang ini dan akibat dari fahaman yang menampkkan bahawa perkahwinan itu susah...


Aku pernah mendengar sebuah kisah yang di ceritakan oleh Ustaz azhar Idrus dalam Cdnya.. Dia menceritakan sebuah kisah seorang pencuri kain kapan.. dan jika ade sahaja jenazah yang baru di tanam maka si pencuri ini akan menggali kubur simati pada malam harinya untuk mencuri dan menjual kain kapan tersebut.. dan sehinggalah berpuluh2 mayat telah di curi kain kapannya maka timbullah rasa mahu bertaubat dalam diri si pencuri itu.. lalu dia berjumpa dengan seorang ualama.. dan dia menceritakan pada ulama tersebut bahawa hampir semua mayat yang di tanam.. siangnya menghadap kiblat.. dan pada malamnya membelakangkan kiblat.. maka ulama itu menjawab bahawa.. "itulah orang2 yang syak pada rezki"


Bagi seorang muslim yang beriman sepatutnya percaya rezeki setiap makhluk itu telah di tentukan oleh Allah.. dan sesiapa yang membuat sesuatu perkara kebaikan(perkahwinan) itu kerana takut kepada maksiat dan mencari keredhaan Allah nescaya Allah akan tolong.. dan aku melihat kengkawan aku yang berkahwen di Mesir ni tak de lagi yang mati kebuluran.. walaupun kekadang agak sesak duitnya.. tapi tetap boleh mkn.. tambah2 plak mak ayah derang yang berada.. makin tembam la anak dan pasangan itu.. mana taknya duk umah layan anak isteri jer.. hehehe.. gurau jer...


Berbalik pada cerita kawan aku dari singapura tadi.. sebenarnya dia berkenan dengan pelajar Malaysia yang belajar di Mesir.. dan dia pernah menceritakan kepada ayah dia tentang kawannya yang juga org Singapura berkahwin dengn org Malaysia... dan mungkin permulaan perbualannya sebelum menyatakan hasratnya yang mahu berkahwen dengn org Malaysia juga.. tapi ayah dia terus kata.. "Kawen ngan org Malaysia? nak makan apa? dah la politik Malaysia kucar-kacir.. rasuah bnyk.. bla bla bla...".. mengeluh kawan aku tadi.. terbantut nak bercerita.. kerana leteran ayah dia yang agak panjang...


Apa yang aku nampak kat sini.. itulah mungkin pandangn org luar kepada negara kita.. mungkin bukan sorang yang berpandangn macam tu.. macam la org Malaysia ni papa kedana sampai nak mkn pun payah.. tapi tak leh nak salahkan derang.. sbb inilah akibatnya klu kita tersalah memilih pemimpin dan ade yangtak amik kesah dalam memilih pemimpin negara.. klu kita tgk masa thun 70-an singapura memang sama taraf je ngn malaysia.. tapi bila dah berpisah dengn Malaysia dia terus maju.. dan ternyata rasuah memang membantutkan kemajuan sesebuah negara itu.. kesimpulannya.. pilihlah pemimpin yang ade ilmu agama untuk memimpin kita di dunia dan menuju ke akhirat.. sekian.....