Saturday, August 2, 2008

SEMBANG2 MALAM..

Bismillahirrahmanirrahim... selawat dan salam ketas junjungn besar Nabi Muhammad S.A.W...

Semalam aku bersembang dengan seoarng kawan dari Singapura.. banyak yang kami sembangkan dari cerita bab agama hinggalah pasal negara.. dan kami sembang gak pasal kawen.. opss.... nnti dulu.. apa yang kami sembangkan?....

Dia bertanya pendapat aku tentang kawen di alam belajar... dan dia pelik kenapa ramai pllaja Mesir kawen masal blaja.. bagi perempuan plak.. mana nak jaga suami.. mna nak blaja.. mana nak jaga rumah tangga.. dah tu dah kawen takkn mak ayah nak tanggung lagi kot?...tapi aku dengan selamber menjawab persoalan nya satu persatu... bukan la terer sangt.. tapi just nak betulkan pandangn yang agak salah itu...

Aku pernah mendengar hadis dari Abu Darda' bahawa Nabi S.A.w bersabda.. bukan di kalangan kami sesiapa yang meninggalkan pernikahan kerana takut kepada kepapaan" dan Nabi S.A.W juga menyatakan dalam hadis yang lain.. 'pernikahan adelah sunnah kan' dan hadis lain menyatakan.. "wahai pemuda2.. sesiapa yang mampu di kalangan kamu maka bernikahlah" dan apa yang kita dapat paham di sini secara zahirnya.. dan bahawa islam itu meletakkan perkahwinan adelah jalan penyelesaian yang mudah bagi mengelakkan dari kita terjerumus ke lembah yang hina.. tapi oleh kerana pemikiran kita yang takut dan syak pada rezeki.. maka kita telah membelakangkan sunnah dah jalan penyelesaian yang Allah dan Rasulnya tunjukkan pada kita.. ade sebuah kisah yang di tulis postkan oleh kawan saya di blognya yang menceritakan rezeki di alam perkahwinan.... http://abu-syathibi.blogspot.com/2008/07/rezeki-perkahwinan.html


Akibat daripada kefahaman masyarakat kita yang tak mau bertolak ansur dalam perkara ini.. maka ramailah remaja2 kita yang dalamnya bergelora.. tapi takut nak menempuh alam perkahwinan dan jahil pada agama memilih untuk bersekedudukan tanpa nikah.. dan ade yang telah melahirkan dua org anak tapi masih duduk serumah.. nak kawen? nnti mak ayah tak mau tanggung plak derang nak belajar.. alangkah malang dan gelapnya masa depan kanak2 yang di lahirkan dari perbuatan yang sumbang ini dan akibat dari fahaman yang menampkkan bahawa perkahwinan itu susah...


Aku pernah mendengar sebuah kisah yang di ceritakan oleh Ustaz azhar Idrus dalam Cdnya.. Dia menceritakan sebuah kisah seorang pencuri kain kapan.. dan jika ade sahaja jenazah yang baru di tanam maka si pencuri ini akan menggali kubur simati pada malam harinya untuk mencuri dan menjual kain kapan tersebut.. dan sehinggalah berpuluh2 mayat telah di curi kain kapannya maka timbullah rasa mahu bertaubat dalam diri si pencuri itu.. lalu dia berjumpa dengan seorang ualama.. dan dia menceritakan pada ulama tersebut bahawa hampir semua mayat yang di tanam.. siangnya menghadap kiblat.. dan pada malamnya membelakangkan kiblat.. maka ulama itu menjawab bahawa.. "itulah orang2 yang syak pada rezki"


Bagi seorang muslim yang beriman sepatutnya percaya rezeki setiap makhluk itu telah di tentukan oleh Allah.. dan sesiapa yang membuat sesuatu perkara kebaikan(perkahwinan) itu kerana takut kepada maksiat dan mencari keredhaan Allah nescaya Allah akan tolong.. dan aku melihat kengkawan aku yang berkahwen di Mesir ni tak de lagi yang mati kebuluran.. walaupun kekadang agak sesak duitnya.. tapi tetap boleh mkn.. tambah2 plak mak ayah derang yang berada.. makin tembam la anak dan pasangan itu.. mana taknya duk umah layan anak isteri jer.. hehehe.. gurau jer...


Berbalik pada cerita kawan aku dari singapura tadi.. sebenarnya dia berkenan dengan pelajar Malaysia yang belajar di Mesir.. dan dia pernah menceritakan kepada ayah dia tentang kawannya yang juga org Singapura berkahwin dengn org Malaysia... dan mungkin permulaan perbualannya sebelum menyatakan hasratnya yang mahu berkahwen dengn org Malaysia juga.. tapi ayah dia terus kata.. "Kawen ngan org Malaysia? nak makan apa? dah la politik Malaysia kucar-kacir.. rasuah bnyk.. bla bla bla...".. mengeluh kawan aku tadi.. terbantut nak bercerita.. kerana leteran ayah dia yang agak panjang...


Apa yang aku nampak kat sini.. itulah mungkin pandangn org luar kepada negara kita.. mungkin bukan sorang yang berpandangn macam tu.. macam la org Malaysia ni papa kedana sampai nak mkn pun payah.. tapi tak leh nak salahkan derang.. sbb inilah akibatnya klu kita tersalah memilih pemimpin dan ade yangtak amik kesah dalam memilih pemimpin negara.. klu kita tgk masa thun 70-an singapura memang sama taraf je ngn malaysia.. tapi bila dah berpisah dengn Malaysia dia terus maju.. dan ternyata rasuah memang membantutkan kemajuan sesebuah negara itu.. kesimpulannya.. pilihlah pemimpin yang ade ilmu agama untuk memimpin kita di dunia dan menuju ke akhirat.. sekian.....

No comments: