Saturday, May 10, 2008

MAKHLUK TUHAN PALING COMEL...



Allahamdulillah sekali lagi Allah bagi peluang kepada aku untuk solat berjemaah di masjid untuk solat asar tadi.. teringt firman Allah dan surah Baqarah ayat 238 yg bermaksud:peliharalah solatmu dan solat Wusttha.. ulama berpendapat maksud solat wustha di sini bahawa solat yg di tengah yakni solat asar.. aku sampai agak awal kemasji yg kecil yg mungkin hanya boleh memuatkan 40 atau tak sampai 40 jemaah dalam satu2 masa.. di Mesir masjid yg kecil sudah menjadi sesuatu yg tidak asing terutama di bandar Shoubra ni.. masjid yg kecil dan agak rapat berbanding di Malaysia yg mna satu Qaryah satu Masjid.. di mesir boleh kata setiap lorong yg mungkin di anggap surau bagi jika di Malaysia tetapi di dirikan solat Jumaat dan di panggil masjid di Mesir..

Mula2 sampai di Mesir aku agak pelik dengan keadaan masjid disni yg mna ia di bina satu bangunan dengan bangunn kedia man.. dan jarang nak jumpa bangunan masjid yg khas seperti di Malaysia jika di shoubra ini.. mungkin sebb tanah yg padat mungkin.. bukan itu yg aku nak ceritakan disini sebenarnya.. tetapi tentang makhluk Allah yg comel bernama kanak2.. sesudah solat sunat tahuyatul masjid.. aku melihat dua org kanak2 masuk kedalam masjid.. kanak2 ini agak comot muka dan pakaiannya.. baru sahaja kanak2 ni nak masuk ke tempat wudhuk dia di halau keluar oleh seorang pakcik tua dengan duara yang agak kasar bagi aku.. dengan muka yg sayu kanak2 dalam lingkungan 6 atau 7 tahun ni bagi tau pakcik tu bahawa dia hendak berwudhuk.. mungkin suara kanak2 ini agak pelahan maka tak di dengari oleh pakcik tadi..

Dengan muka yg sayu kanak2 itu sekali lagi memberitahu pakcik tu.. Ya ammu... Tawadhau.. Wahai Pakcik aku nak berwudhuk.. dengan selamber pakcik tu amik tikar dan suruh bdk tu keluar dan memnyuruh kanak2 lain yg berda di masjid itu pun solat di luar.. mungkin dia hendak mengutamakan jemaah yg dewasa untuk solat di dalam masjid yg kecil itu.. tapi cara dia menghalau kanak2 itu agak mengecwakanku.. jauh di sudut hati aku terasa sayu melihat muka kanak2 yang hendak berwudhuk tadi.. tapi tak termampu nak mengucapkan sesuatu untuk membela kanak2 itu.. kerana sapa lah aku. sekadar org asing di negeri org.. tapi mungkin juga cara arab tidak kasar bagi mereka tapi kasar pada pandangn kita yang agak lembut ni...

Aku melihat ramai di kalangn arab masih mengajar anak2 mereka seperti masyarakat melayu dulu2 mengajar anak2 meraka.. mereka sngt kasar.. beberapa kali aku pernah terlihat kanak2 di pukul oleh ibu mereka dengan kasar.. aku pernah melihat seorang ibu menghantuk anak perempuannya dalam lingkunagn umur 7 atau 8 tahun ke body kereta. aku tak tau apa kesalahn bdk itu.. tapi perbuatan itu agak melampau dan aku rasa hendak menitiskan air mata bila tgk bdk perempuan itu menangis.. tapi aku terpakse cover kemachoan aku ini.. hehehe

satu lagi peristiwa aku pernah melihat seorang kanak2 di lempang dengn kuat oleh ibunya kerana melintas jalan tanpa melihat kenderaan yg lalu-lalang.. dan pada aku cukup sekadar kalau dia menegur sahaja anak itu.. juga pernah terjadi seorang kanak2 di lempang depan mata aku kerana dia melanggar basikal yg di sandar di tepi jalan.. dan pada pandangn aku cukup sekadar kalau ibunya membantu kanak2 itu mengangkat basikal yg tumbang itu dan tak perlu dia melepaskan satu tanparan yg kuat kemuka anaknya.. aku terasa amat sebak dan sepertia biasa aku cover macho dan aku berbisik kepada kawan aku.. kenapa perlua mennpr kalau hanya terlanggar basikal yg bersandar di tiang di tepi jalan..

Sejak aku berada di perantauann hati aku mudah terusik.. dan kekadang mudah mengeluarkan air mata.. bukan kerana rindu kan kluarga di Malaysia.. tetapi jika melihat kanak2 menangis hati aku sngt mudah tersentuh.. padahal aku ni bukan la pandai sngt layan kanak2 ni... tapi teringt kisah seorang lelaki yg datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w yang mana ketika itu baginda meriba cucunnya Hasan dan Husain R.A.Huma dan mencium mereka.. dan lelaki itu berkata.. aku mempunyai 12 org anak.. dan aku tak pernah mencium mereka.. dan Baginda bersabda .. Sesiapa yang tidak mengasihi dia tidak akan di kasihi..

Mengasihi kanak2 terutama anak yatim sngt besar pahalanya.. hinggakan mengusap kepada anak yatim pun sudah memperolehi pahala.. aku pernah melawat rumah anak yatim pada bulan ramadham sekitar tahun 2003 kalau tak silap.. selepas menunaikan solat terawih.. aku ke asrama kanak2 .. aku lihat mereka tidur bergelimpangn.. tanpa ade ibu bapa yg mengawasi mereka.. dan aku juga melihat seorang bayi dalam lingkungan 7 atau 8 bulan sedang menangis tanpa ade sesiapa yg memujuknya.. dan aku lihat penjaga kanak2 itu rilek sambil berborak2.. sungguh sedih aku melihat anak2 ini.. dan merekalah Makhluk tuhan yang paling comel.. lain kali plak sambumg...

1 comment:

ZaujahSaifullah said...

Allahuakbar..walaupun artikel nih dah lame, br dapat baca dgn khusyuk.. tersentuh baca artikel nih..sememangnya, mereka la penawar hati yg telah Allah kurniakan..mensia2kan mereka, samalah juga dgn mensia2kan nikmat dan anugerah Allah..