TERKADANGKALA...
Terkadang kala...
Kita mahukan sesuatu yang indah.. tetapi Tuhan bagi kita sesuatu yang tidak memenuhi kehendak kita untuk kita bermuhasabah diri dan menjadi hamba yang bersyukur dan menambahkan cinta Allah pada kita..
Terkadangkala.. .
Kita mahu sahabat kita amik berat tentang diri kita.. sayang dan belai kita... tapi sejauh mana kita amik berat tentang sahabat kita.. sayang dan belai sahabat itu..
Terkadangkala...
Kita marahkan sahabat kita yang tak memahami kita.. tapi sejauh mana kita memahami sahabat kita dan menjaga perasaannya...
Terkadangkala..
Kita melihat seseorang dengan perasan benci kerana keterampilannya yang tidak memuaskan hati kita.. dan agak selekeh.. tapi adekah kita fikir keterampilan kita cukup bagus dan apa pandangan org kepada kita..
Terkadangkala..
Kita bencikan seseorang kerana wajahnya tak cantik dan kerana kecacatannya.. tapi tanpa kita sedari mungkin dia terlalu hormat dan sayang pada kita..
Terkadangkala...
Kita mahu di hormati oleh orang lain.. tetapi kita tidak menunjukkan sikap seorangyang perlu di hormati dan sesuatu masa kita langsung tak pandai menghormati orang lain..
Terkadangkala..
Kita rasa senang kerana ade tempat untuk mengadu.. ade orang yang menyayangi kita.. membantu kita... tapikita lupa insan2 yang malang yang tidak mempunyai apa yang kita punyai..
Terkadangkala..
Kita kita terasa sempit dan susah.. dan kita marahkan Tuhan kerana membiarkan kita susah.. dan di masa itu kita lupa ade insan lain leih susah dan menderita dari kita.. dan kita lupa bahawa Allah menguji kita kerana mahukan kita dekat kepadanya kerana Dia menyayangi kita..
Nak bermadah la konon.. hehehe.. tak per la.. aku nak belajar2 bermadah.. mungkin madah2 ni tak best sbb baru permulaan.. tapi apa2 pun madah2 ini ikhlas dari hati aku sendiri.. untuk aku muhasabah diri ini.. dan belajar memahami orang lain.. Ya Allah.. jadikan aku insan yang di sayangi oleh semua makhluk Di langit dan bumi..
No comments:
Post a Comment