Wednesday, July 2, 2008

MATRUH MENJERIT.....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.. bila dapat mesej dari Ym tentang rombongn percuma yang akan di taja oleh NGO arab.. kawan serumah aku pun tepon mendaftarkan diri.. hanya 10 pemanggil pertama sahaja akan dapat pegi.. aku tak minat nak call.. tapi di takdirkan Allah ade kawan aku yang tak leh ergi sbb2 tertentu.. dan dia nak cari org pengganti tempat dia.. so aku pk2 balik aku pun menawarkan diri ganti tempat dia.. so.. walaupun aku mendaftar bukan 10 pemanggil pertama.. aku dapat gak pegi rombongan ini... percuma beb...

28 Jun 2008.. hari pertama..

6.00pagi : sampai di masjid mustafa abasiyyah.. walaupun janji pkl 5.30pagi tapi aku bersama dengn yusuf dan azren sampai agak lambat.. semua kawan2 lain dah ade depan masjid kecuali seorang lagi perserta belum sampai... bersama dengn seorang wakil persatuan pelajar Malaysia di Mesir.. ustaz Azdlan.. bas memang dah ade kat situ.. driver tak de..

8.00pagi : kawan yang kami tggu dah sampai.. walaupun dia bdk shoubra gak.. tapi tak pernah nmpk muka pun sebelum ni.. driver pun baru sampai.. dengn muka yang tak bersalah kerana menyebabkan kami menunggu lama.. selamber jer sembang2 sambil minum teh...

8.40 : bas bergerak menuju kematruh.. kami bersepuluh baca doa musafir.. bersama 2 org driver.. tak beberapa lama aku pun terlelap...

10.20pagi : singgah sekejap kat stesen minyak di tgh2 padang pasir.. beli jajan.. dan buang apa yang patut... dan truskan perjalann...

2.00ptg : masuk bandar matruh.. bandar ni tepi laut.. cantik sesangt.. tak sesibuk bandar kaherah.. lampu isyarat pun berfungsi dengn baik.. tak macam kaherah yang hanya menggunakan lampu isyarat kuning sahaja (bersedia dalam apa sahaja keadaan)...

2.15ptg : sampai di pusat NGO yang taja kami yang bernama Jam'iyah Syar'iyah(SR)... kami di sambut oleh beberapa petugas.. pusat SR ni betul2 bertentangan dengan laut.. kami di sambut mesra oleh beberapa org petugas... dan kami di suruh menunggu beberapa sahabat dari Tajikistan untuk mkn tghri bersama.. di samping itu kami di bawa kemasjid untuk solat Jamak takdim...

2.45ptg : sahabat2 Tajikistan juga seramai 10 org termasuk 2 kanak2 telah sampai... mereka baru pulang dari masjid.. kami di beritahu oleh driver bas bahawa apabila kami sampai dia akan mengambil sahabat Tajikistan balik ke Kaherah.. kami mkn tgh hari bersama.. aku sngt kagum melihat seorang dari kanak2 tajikistan ini sangt mahir berbahasa arab amiyah dan juga bahasa arab fushah di sampai membaca alquran secara hafalan dengn lancar sekali... umurnya mungkin baru 11 atau 12 thun.. pada awalnya aku menyangka dia adelah org arab kerana kefasihannya berbahasa arab.. ikram namanya.. persis nama adik aku...

3.30ptg : sahabat2 Tajikistan bertolak balik ke Kaherah dengn bas yang membawa kami ke Matrouh... kami bergambar dan aku duduk di atas kerusi menghadap laut sehingga tertidur dek enak di tiup angin laut yang sepoi2 bhasa la kot.. tapi memang nyaman..

5.30ptg : terjun laut.. mandi2 sambil naik bot... pantai agak cetek.. air sangt jernih dan biru..

8.00ptg(masih belum mlm) : bersiap2 ke penempatan yang agak jauh dari pusat JS.. sebelum ke penempatan kami mkn malam dahulu.. makan simple jer.. anggur, roti eis, kacang ful, dan keju masam.. hahaha.. memang aku tak lalu nak mkn.. just mkn anggur jer.. tapi ok la.. pengalaman makan makann arab.. nasib baik mknn tghri best...

9.30 mlm : dah solat jamak takdim.. nak jalan2 keluar plak... penginapan agak selesa la.. umah ade 3 bilik.. kami bersepuluh.. ruang tamu gak luas.. tapi yang tak tahannya.. kami duk tingkat 7.. penginapan plak tak de lif.. memang meletihkan naik tangga.. tapi nasib baik umah elok..

10.00 mlm : pegi mkn.. pastu gi jalan2 di pinggir pantai.. ramai org melepak tepi2 pantai.. pantai di sini tepi jalan raya besar.. tak macam kat malaysia.. tapi apa yang menariknya di sini.. sepanjang2 pantai2 walaupun ramai orng.. semuanya bergelak ketawa dengn kluarga.. dan kelompok lelaki dengn lelaki dan kelompok perempuan dengn perempuan.. sangt payah nak jumpa pasangn berkapel di celah2 batu macam Malaysia.. sonok tgk macam ni.. bila la Malaysia nak macam ni...

1.23 mlm : masuk funfair.. tapi yang menariknya fun fair kat sini tak de langsung permainan yang berunsur perjudian seperti di Malaysia.. just peramainan kanak2 je yang ade.. aku ingt nak main kereta langar.. tapi agak tak berbaloi.. nak tgk stunts motor.. kene tunggu plak.. so.. aku masa tu bertiga.. aku , yusuf dan hafiz.. amik keputusan tgk magic.. walaupun pada mulanya derang tak nak.. sbb dah lewat.. tapi aku desak gak.. hahaha.. depanm pun ikut.. tgk magc memang dasyat.. nnti la aku crita...

2.00pagi : zon gelap....

No comments: