Wednesday, July 2, 2008

PENGALAMAN TGK MAGIC SHOW..

Bismillah hirrahmanirrahim.. biasanya aku tgk magis dalam tv jer.. atau kat youtue.. tai kali ni betul2 nak tgk magic dengn mata kepala sendiri.. masa tgk sign board iklannya.. dia tulis sihir.. bahasa arabnya sihir.. bhs inggeris magic.. tergerak hati nak masuk.. kene bayar tiga geneh.. aku tnya arab tu.. pertunjukan brapa lama.. dia kata 25 minit.. aku rasa agak berbaloi dari aku tgk stunts motor 3 geneh 5 minit jer.. huhuhu.. save baget..

Persembahan pertama seorang pelawak bersama patung di tgnnya.. dia wat lawak ok la.. yang aku paham aku gelakla.. yang aku tak paham aku senyap.. arab je yang gelak.. hehehe.. dia cakap bahasa amiyah. payah skit nak di fahami.. tapi 70% di pahami la.. persembahan kedua.. seorang lelaki bermain dengan bola pingpong.. menakjubkan gak la.. sbb dia leh kluarkan bnyk bola pingpong dari mulut.. taknmpk plak dia telan bola tu sebelum ni.. dan dia panggil seorang budak dan dia kluarkan bola dari mulut budak tu.. so.. agak menakjubkan...

Persembahan ketiga seorang muda memegang wayar di kedua belahtgnnya.. pastu seorang penolongnya meletakkan bal lampu.. pastu lampu tu menyala.. dan dia letakkan apa ntah kat tgn dia.. pastu benda tu terbakar.. terpaku gak aku tgk.. tapi tu masih biasa.. yang luar biasa.. pemuda tadi menutup matanya dan duduk di atas kerusi di pentas.. seorang pembantunya turun ke tempat penonton dan penonton memberi apa sahaja dan dia boleh meneka dengn betul.. contohnya klu penonton beri kad pengenalan.. pemuda yang sedang tutup mata tu leh jawab apa yang penonton beri dan boleh bagi tau nama penonton itu sekali.. aku pun memberi kad matrik kawan aku kepada pembantu itu dan dia bertnya kepada pemuda tadi.. dan dia boleh menjawab dengn betull.. aku pun haira.. adekah dia menggunakan jin atau apa.. ntah la..

Persembahan paling menakjubkan aku di akhir persembahan.. sebuah kotak seperti almari di keluarkan.... dan tirai almari di buka.. dan lampu almari terpasang.. aku melihat kepala seorang kanak2 perempuan di atas pasu bunga tanpa badan.. memang mengjutkan kami semua.. mungkin kanak2 tu berusia 7 atau 8 tahun.. hidup tanpa badan.. untuk membuktikan kebenaran .. pengajur memanggil beberapa penonon untuk melihat kepala itu dari dekat.. aku pun nak gi tgk dari dekat gak.. sbb kami duk belakang sekali.. tapi aku di halang oleh kawan aku.. katanya dia takut ade benda ikut balik umah..

Aku pun bukan la berani sngt.. tapi nak beranikan diri.. mungkinkah makhluk itu yang di panggil penanggal di Malaysia.. tapi wajahnya tak mengerikan.. sempurna macam kanak2 lain dan boleh bercakap... atau ini sihir semata.. masyarakat Mesir memang terkenal dengn ilmu sihir.. sehingga tertulis di dalam alquran.. aku nak gak rakam gambar.. tapi kawan aku tak bawak kamera plak.. bila tny kawan2 yang lain.. derang pun bawak kamera.. tapi lupa nak amik gambar.. so tak leh aku nak letak kat sini.. aku try gak baca ayat kursi.. tapi tak de apa2 pun yang berlaku..

No comments: