Friday, August 29, 2008

SEBUAH CRITA SERAM..

Subahanallah.. penatnya.. peluh membasahi baju... balik saja dari epot aku masuk bilik.. jam dah pkl dua lebih.. dekat2 pukul 3.. suasana sekeliling sunyi dan sesekali terdenagr suara motosikal di luar... aku balik rumah bersama ucop.. seorang lagi rakan serumah ku... sedang aku membaca akhbar.. usop masuk dan duduk di sebelah ku.. "nak tgk brita sukan sat.. kot2 ade brita kedah ka.. sat ja.. aku nak tidoq dah" kata ucop yg agak pekat loghat utara nya.. memang agak fanatik dengn pasukan bola sepak Kedah... maklum la la kedah memang double trebel tahun ni.. bangga sngt la tu.. elleh... tapi dah rezki dia.. Pahang ntah bila la nak catat kemenangan macam tu...

Setelah.. membaca sedikit berita sukan dan tajuk berita luar negara... "aku nak tidoq la" sambil mengangkat punggung.. tinggallah aku berseorang di dalam bilik.. bilik kembali sunyi.. aku bangun untuk ketandas.. "eh.. ade nasi plak?.. ade lauk sekali?.. cantik sangt la..".. bisik hatiku.. bukan lapar sangt pun.. saja je nak mkn.. sambil mkn aku aku menonton rancangn dokumentari 10 tahun sebelum merdeka.. crita tentang pejuang2 kemerdekaan menentang penjajah British. tak sampai 40% dokumentari nasi dah habis.. aku bngun membasuh pinggan dan melihat semua rakan2 ku telah tidur.. aku tutup lampu ruang tamu.. aku biarkan lampu dapur terpasang.. senang nak cari tandas bila bangun nnti...

Aku terus menulis blog.. susana kembali sunyi.. tiba2.. prakkk.. bunyi sesuatu jatuh.. aku bingkas bangun.. aku teringt kisah melihat kawan aku di bilik sebelah.. pikiran aku teringat kenngan kawan aku yg di hempap rak buku sehingga luka ketika sedang tidur.. lawak gak crita tu.. tapi aku melihat di luar tak de apa2 pun yg berlaku.. aku cuba panggil namanya.. tak menyahut pun.. ruang tamu gelap.. aku mula la berasa seram.. bulu tengkuk mula la tegak.. apa tak nya.. aku mula teringat kisah seoarng sahabt aku yg duduk bersendirian di dalam rumah aku ni di ganngu oleh makhluk halus.. bulu roma aku kembali naik.. aku cepat2 membuka mp3 quran dari komputer aku sambil aku meneruskan penulisan.. sesekali bunyi"prak.. prak".. seperti bende jatuh trus berulang.. bertambah la seram.. nak tgk ke?.. jgn harap aku nak gi tgk.. makhluk ni nak uji aku ke?.. macam2 bisikn dalam kepala aku...

"prak" sekali lagi bunyi itu menerpa ke telinga aku.. tapi kali ni aku tak seram lagi malah tersenyum.. baru aku teringat .. masa aku mula masuk rumah tadi peti ais terbuka.. dan suiznya di tutup.. ade la salah seorang kawan aku yang wat macam tu sbb nak bagi ais dari peti ais tu cair.. rupa2 bunyi2 yg aku dengr tadi adelah ais ketul yg melekat kat freezer jatuh kerana cair.. cis..wat kecut aku je.. alang2 dah pasang mp3 quran aku teruskan mendengar alunan ayat2 suci alquran yg di bacakan oleh imam sudais ni..

~Klu dah penakiut.. bunyi kucing bergaduh di tgh malam di sangka bayi menangis.. tapi Mesir ni kekadang seram juga..~ hehehe

SAYUNYA LAMBAIAN ITU.....

Segala puji bagi Allah.. merancang pertemuan dan perpisahan... aduh.. tetiba je rasa macam sayu plak.. aku ingt artikel sebentar tadi adelah artikel aku yg terakhir di bumi Mesir.. tapi ternyata bukan yg terakhir.. sebentar tadi aku baru sahaja balik dari lapangan terbang Kaherah untuk menghantar sahabat aku Aniq.. kami memang dah lama berkawan.. sejak sekolah menengah lagi.. banyak kenangan pahit dan manis semasa kami bersama.. dialah sahabat aku.. dan dia lah boleh di kategorikan sebagai sahabt.. kerana selalu ade ketika suka dan juga duka..

Selepas sahaja majlis khatam Hafes.. dan makan2.. aku trus berjalan kami bersama beberapa rakan yg lain menuju ke rumah Aniq.. sesampai je di rumah Aniq.. aku melihat dia sedang berkemas.. mukanya nmpk kepenatan dan sedikit kelam kabut... rakan2 lain pun ramai membantu Aniq mengemas hinggakan aku tak tau apa yang nak aku bantu.. setelah selesai mengemas.. aku di tugaskan mengikat bagasi .. dengan sedikit kemahiran yang ade aku pun mengikat sesuka hati aku je.. walupun sedikit hodoh.. tapi aku pasti ikatan itu kemas...

Sambil mengikat bagasi aku sempat lagi mengusik beberapa org kawan dengn mulut aku yg becok ni.. payah juga la nak ikat bagasi ni.. bukan apa.. tali yg nak aku gunakan ini bersimpul2.. tapi alahamdulillah.. siap juga aku mengikatnya... Aniq kelam kabut kehulu kehilir dan mandi.. satu panggilan di terima yg mengatakan kenderaan yg nak bawak kami ke epot dah sampai.. tambah lagi kelam kabut.. sempat juga Aniq solat sunat musafir.. dan kami turun bersama2.. barang2 sudah di angkat oleh rakan2 yang lain.. selepas berjumpa dengan tuan rumah di tingkat 2.. kami pun turun menuju ke kenderaan...

Sedikit kekecohan berlaku di kenderaan apabila pemandu kenderaan tak mau tggu kami semasa di epot.. ini menimbulkan kemarahan rtakan2 aku. kerana kebiasaan kami akan menunggu rakan2 yg akan berlepas sehingga semua barang2 yang di bawa lepas di tempat penimbang.. tetapi pemandu tak mau tggu.. tapi Aniq bgun dengn tenang dan menenangkan pemandu dan rakan2.. kelihatan pemandu tersenym dan setuju untuk menunggu kami.. Aniq pesan kat kawan2" arab ni.. kekadang kita kene tgk juga... klu dia berkeras.. kita cuba berlembut... "

Di dalam kenderaan aku memilih untuk duduk di sebelah Aniq.. bnyk yg kami bualkan..perbualan teakhir kami di sini.. rupanya dia kelam kabut kerana menemankan seorang rakan pergi berjumpa dengn seorang syeikh kerana satu urusan penting.. wah... dah kalut2 nak balik pun sempat juga tolong org.. sampai di rumah dah nak maghrib.. so memang kelam kabut jadinya.. perjalann ke epot berjalan lancar.. sampai di epot.. ramai kawan2 menunggu.. setelah bersalam2 dengn kawan2 semua.. ramai juga nak balik mlm ni... ustz2 dan ustzh2 pun agak ramai nak balilk. tambah meramaikan lagi adelah rombongan makcik2 dan pakcik2 dari Malaysia yg datang menziarahi Mesir..

Saat2 perpisahan hampir tiba.. satu persatu rakan2 di peluk.. aku menunggu pelukan terakhir... dari seorang sahabat.. memang ade rakan yg menangis bila berpelukan dengn Aniq.. hati aku berasa sayu untuk perpisahan ini.. tapi tak de la sampai mengalir air mata jantan ku ini.. hehehe.. setelah berpelukan dan meminta maaf atas salah dan silap.. Aniq menolak barang2nya masuk kedlam epot bersama serang lgi rakan aku dari maahad yg sama.. iaitu Zarimi.... lambaian terakhir ini memang sayu.. dalam perjalann balik aku masih merasa sayu dan aku merasa seperti kehilanagan seseorang yg aku sayang.. tapi itulah hakikat kehidupan.. pertemuan dan perpisahan tak boleh di elakkan.. hidup mesti di teruskan.. mlm ni aku pula akan meninggalkan bumi Mesir ini untuk menuju ke destinasi yg aku telah pilih sendiri...

DETIK-DETIK AKHIR....


Segala puji bagiAllah Tuhan sekalian alam.. selawat dan salam ke atas Junjungn Besar Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam... semoga dengn rahmat dan pertolongon dari Allah dan syafaat dari Nabi s.a.w di permudahkan perjalann aku nnti... kemungkinn ini adalah tulisan aku yg terakhir untuk tahun ini semasa di Bumi Mesir.. kerana mlm esok aku angkat memulakan permusafiran ke Tanah suci Mekah...


Perjalnn kami kami bermula selepas Isyak(30 ogos 08).. dari rumah.. aku Rahmat dan Syidi akan menuju ke stesen bas Abasiyah... Dari sana kami seramai 39 org akan berkumpul untuk bermusafir ke terusan Suez menaiki bas ekspress pada jam 11.30 mlm... perjalann berkemungkinn memakan masa 8 jam lebih.. dan kami akan berkumpul di sana pada pkl 7 pgi... dan. pada pkl 12 tgh hari kami akan menaiki kapal selam.. eh.. bukan... kapal laut... ker Jordan.. perjalann memakan masa 6 hingga tujuh jam.. tapi di Jordan kami tak tau lagi nak menginap di mana.. sama ada di Muktah atau di Amman.. semuanya akan di uruskan.. kemungkinn kami tak menginap di hotel... sbb kami mengikuti Travel gamble je.. murah.. hehehehe.. kami akan menginap di rumah plajar Malaysia di Jordan..


Di jordan kami akan menziarahi tempat2 yg bersejarah di Jordan.. seperti gua Ashabul Kahfi.. kisah tujuh pemuda yng beriman seperti yg di ceritakan di dalam Alquran.. nak tau baca la sendiri.. kami juga akan melawat ke Petra.. di situ kami akan dapat melihat kehebatan tamadun Masyarakt kuno(kaum Aad dan Tsamud.. juga di ceritakan dalam Alquran).. mereka mengukir gunung2 seperti istana.. dan kerana kehebatan mereka mereka telah kufur dengn Pesuruh Allah ketika itu Iaitu Nabi Allah Hud a.s...


Pengajaran yg kita boleh ambil dari mereka adelah.. tentang ketamadhunan mereka.. walaupun mereka mempuyai kemahiran yg luar biasa dan boleh di lihat hingga ke hari ini walaupun sedah beribu tahun.. tetapi merekatelah ingkar menerima balasan dari Allah.. begitu juga dengn kita.. semaju dan semoden mana sekalipun negara kita.. tetapi jika jauh dari Allah.. maka tggulah azab yg akan Allah timpakan.. maka ketamadunan yang sebenar adelah ketamadunan yg mengikut Islam.. (hadharah Islamiah) bukanlah Islam yg perlu mengikut Tamdun.. (islam hadhari).. bukan la berkempen.. tapi itulah hakikat kebenaran..


Satu lagi tempat yg akan kami lawati adelah Laut Mati.. antara tempat yg biasa di lawati oleh pengunjung yang datang ke Jordan... tapi.. ade juga Ulama yg melarang datang kesini.. kerana mereka berpendapat ini adelah tempat yg Allah timpakan bala.. maka bnyk syaitan di sini.. tapi kelebihan laut mati ni plak.. airnya boleh wat ubat penyakit kulit.. bukan kami nak mengingkari Ulama.. tetapi kami mengguna pakai pendapat Ulama yg membolehkannya.. maka selagi ade khilaf.. kita boleh guna mana2 pendapat.. kami akan berada di Jordan berkemungkinn dua hari.. dan kami akan menaiki bas masuk ke Madinah(2 atau 3 september).. aduh.. rindu Madinah laplak...


Sebelum pemergianku ini .. aku nak mintak maaf kepada semua kawan2 dan dan kepada semua yg sudi mengunjung blog cun aku yg tak seberapa ni.. maaf segala silap dan salah.. jika panjang umur..setelah hampir 4 bulan di sana dan menunaikan haji aku akan balik semula ke Mesir bulan 1 tahun depan..dalam rombongan kami ade juga yg akan balik setelah dua minggu di tanah suci dan ade yang akam pulang ke Mesir selepas raya puasa... apa-apapun doakan kenajahan ku dalam imtihan..(tensen je reslut kluar lambat.. janji 28 ogos.. alih2 2 september..) tak la rasa sedih sngt nak tinggalakn Mesir.. sbb tgh rindu Tanah Suci skang ni... macam org mabuk cinta la juga.. heheh.. (kepada sesapa yg pernah rasa) klu ade kesempatan aku akan menulis juga semasa di sana nnti...


~SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA.. MAAF ZAHIR BATIN... PESANAN UNTUK KAKLONG.. KIM SALAM KAT OUR PARENT.. SBB ADIKMU INI TAK CUKUP KREDIT NAK TEPON M'SIA.. DOAKAN SEMOGA SELAMAT LA PERJALANAN AKU NNTI.... SESAPA ADE HUTANG NGN AKU AKU HALALKAN.. YG NAK BAYAR TU BOLEH JER.. SESAPA YG AKU ADE HUTANG.. MAI LA TUNTUT SEBELUM AKU KE MEKAH...RAMADHAN KARIM.. DAN KULLU SANAH WA ANTUM TAYYIBIN... ~