Friday, August 29, 2008

SAYUNYA LAMBAIAN ITU.....

Segala puji bagi Allah.. merancang pertemuan dan perpisahan... aduh.. tetiba je rasa macam sayu plak.. aku ingt artikel sebentar tadi adelah artikel aku yg terakhir di bumi Mesir.. tapi ternyata bukan yg terakhir.. sebentar tadi aku baru sahaja balik dari lapangan terbang Kaherah untuk menghantar sahabat aku Aniq.. kami memang dah lama berkawan.. sejak sekolah menengah lagi.. banyak kenangan pahit dan manis semasa kami bersama.. dialah sahabat aku.. dan dia lah boleh di kategorikan sebagai sahabt.. kerana selalu ade ketika suka dan juga duka..

Selepas sahaja majlis khatam Hafes.. dan makan2.. aku trus berjalan kami bersama beberapa rakan yg lain menuju ke rumah Aniq.. sesampai je di rumah Aniq.. aku melihat dia sedang berkemas.. mukanya nmpk kepenatan dan sedikit kelam kabut... rakan2 lain pun ramai membantu Aniq mengemas hinggakan aku tak tau apa yang nak aku bantu.. setelah selesai mengemas.. aku di tugaskan mengikat bagasi .. dengan sedikit kemahiran yang ade aku pun mengikat sesuka hati aku je.. walupun sedikit hodoh.. tapi aku pasti ikatan itu kemas...

Sambil mengikat bagasi aku sempat lagi mengusik beberapa org kawan dengn mulut aku yg becok ni.. payah juga la nak ikat bagasi ni.. bukan apa.. tali yg nak aku gunakan ini bersimpul2.. tapi alahamdulillah.. siap juga aku mengikatnya... Aniq kelam kabut kehulu kehilir dan mandi.. satu panggilan di terima yg mengatakan kenderaan yg nak bawak kami ke epot dah sampai.. tambah lagi kelam kabut.. sempat juga Aniq solat sunat musafir.. dan kami turun bersama2.. barang2 sudah di angkat oleh rakan2 yang lain.. selepas berjumpa dengan tuan rumah di tingkat 2.. kami pun turun menuju ke kenderaan...

Sedikit kekecohan berlaku di kenderaan apabila pemandu kenderaan tak mau tggu kami semasa di epot.. ini menimbulkan kemarahan rtakan2 aku. kerana kebiasaan kami akan menunggu rakan2 yg akan berlepas sehingga semua barang2 yang di bawa lepas di tempat penimbang.. tetapi pemandu tak mau tggu.. tapi Aniq bgun dengn tenang dan menenangkan pemandu dan rakan2.. kelihatan pemandu tersenym dan setuju untuk menunggu kami.. Aniq pesan kat kawan2" arab ni.. kekadang kita kene tgk juga... klu dia berkeras.. kita cuba berlembut... "

Di dalam kenderaan aku memilih untuk duduk di sebelah Aniq.. bnyk yg kami bualkan..perbualan teakhir kami di sini.. rupanya dia kelam kabut kerana menemankan seorang rakan pergi berjumpa dengn seorang syeikh kerana satu urusan penting.. wah... dah kalut2 nak balik pun sempat juga tolong org.. sampai di rumah dah nak maghrib.. so memang kelam kabut jadinya.. perjalann ke epot berjalan lancar.. sampai di epot.. ramai kawan2 menunggu.. setelah bersalam2 dengn kawan2 semua.. ramai juga nak balik mlm ni... ustz2 dan ustzh2 pun agak ramai nak balilk. tambah meramaikan lagi adelah rombongan makcik2 dan pakcik2 dari Malaysia yg datang menziarahi Mesir..

Saat2 perpisahan hampir tiba.. satu persatu rakan2 di peluk.. aku menunggu pelukan terakhir... dari seorang sahabat.. memang ade rakan yg menangis bila berpelukan dengn Aniq.. hati aku berasa sayu untuk perpisahan ini.. tapi tak de la sampai mengalir air mata jantan ku ini.. hehehe.. setelah berpelukan dan meminta maaf atas salah dan silap.. Aniq menolak barang2nya masuk kedlam epot bersama serang lgi rakan aku dari maahad yg sama.. iaitu Zarimi.... lambaian terakhir ini memang sayu.. dalam perjalann balik aku masih merasa sayu dan aku merasa seperti kehilanagan seseorang yg aku sayang.. tapi itulah hakikat kehidupan.. pertemuan dan perpisahan tak boleh di elakkan.. hidup mesti di teruskan.. mlm ni aku pula akan meninggalkan bumi Mesir ini untuk menuju ke destinasi yg aku telah pilih sendiri...

No comments: