Friday, August 29, 2008

DETIK-DETIK AKHIR....


Segala puji bagiAllah Tuhan sekalian alam.. selawat dan salam ke atas Junjungn Besar Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam... semoga dengn rahmat dan pertolongon dari Allah dan syafaat dari Nabi s.a.w di permudahkan perjalann aku nnti... kemungkinn ini adalah tulisan aku yg terakhir untuk tahun ini semasa di Bumi Mesir.. kerana mlm esok aku angkat memulakan permusafiran ke Tanah suci Mekah...


Perjalnn kami kami bermula selepas Isyak(30 ogos 08).. dari rumah.. aku Rahmat dan Syidi akan menuju ke stesen bas Abasiyah... Dari sana kami seramai 39 org akan berkumpul untuk bermusafir ke terusan Suez menaiki bas ekspress pada jam 11.30 mlm... perjalann berkemungkinn memakan masa 8 jam lebih.. dan kami akan berkumpul di sana pada pkl 7 pgi... dan. pada pkl 12 tgh hari kami akan menaiki kapal selam.. eh.. bukan... kapal laut... ker Jordan.. perjalann memakan masa 6 hingga tujuh jam.. tapi di Jordan kami tak tau lagi nak menginap di mana.. sama ada di Muktah atau di Amman.. semuanya akan di uruskan.. kemungkinn kami tak menginap di hotel... sbb kami mengikuti Travel gamble je.. murah.. hehehehe.. kami akan menginap di rumah plajar Malaysia di Jordan..


Di jordan kami akan menziarahi tempat2 yg bersejarah di Jordan.. seperti gua Ashabul Kahfi.. kisah tujuh pemuda yng beriman seperti yg di ceritakan di dalam Alquran.. nak tau baca la sendiri.. kami juga akan melawat ke Petra.. di situ kami akan dapat melihat kehebatan tamadun Masyarakt kuno(kaum Aad dan Tsamud.. juga di ceritakan dalam Alquran).. mereka mengukir gunung2 seperti istana.. dan kerana kehebatan mereka mereka telah kufur dengn Pesuruh Allah ketika itu Iaitu Nabi Allah Hud a.s...


Pengajaran yg kita boleh ambil dari mereka adelah.. tentang ketamadhunan mereka.. walaupun mereka mempuyai kemahiran yg luar biasa dan boleh di lihat hingga ke hari ini walaupun sedah beribu tahun.. tetapi merekatelah ingkar menerima balasan dari Allah.. begitu juga dengn kita.. semaju dan semoden mana sekalipun negara kita.. tetapi jika jauh dari Allah.. maka tggulah azab yg akan Allah timpakan.. maka ketamadunan yang sebenar adelah ketamadunan yg mengikut Islam.. (hadharah Islamiah) bukanlah Islam yg perlu mengikut Tamdun.. (islam hadhari).. bukan la berkempen.. tapi itulah hakikat kebenaran..


Satu lagi tempat yg akan kami lawati adelah Laut Mati.. antara tempat yg biasa di lawati oleh pengunjung yang datang ke Jordan... tapi.. ade juga Ulama yg melarang datang kesini.. kerana mereka berpendapat ini adelah tempat yg Allah timpakan bala.. maka bnyk syaitan di sini.. tapi kelebihan laut mati ni plak.. airnya boleh wat ubat penyakit kulit.. bukan kami nak mengingkari Ulama.. tetapi kami mengguna pakai pendapat Ulama yg membolehkannya.. maka selagi ade khilaf.. kita boleh guna mana2 pendapat.. kami akan berada di Jordan berkemungkinn dua hari.. dan kami akan menaiki bas masuk ke Madinah(2 atau 3 september).. aduh.. rindu Madinah laplak...


Sebelum pemergianku ini .. aku nak mintak maaf kepada semua kawan2 dan dan kepada semua yg sudi mengunjung blog cun aku yg tak seberapa ni.. maaf segala silap dan salah.. jika panjang umur..setelah hampir 4 bulan di sana dan menunaikan haji aku akan balik semula ke Mesir bulan 1 tahun depan..dalam rombongan kami ade juga yg akan balik setelah dua minggu di tanah suci dan ade yang akam pulang ke Mesir selepas raya puasa... apa-apapun doakan kenajahan ku dalam imtihan..(tensen je reslut kluar lambat.. janji 28 ogos.. alih2 2 september..) tak la rasa sedih sngt nak tinggalakn Mesir.. sbb tgh rindu Tanah Suci skang ni... macam org mabuk cinta la juga.. heheh.. (kepada sesapa yg pernah rasa) klu ade kesempatan aku akan menulis juga semasa di sana nnti...


~SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA.. MAAF ZAHIR BATIN... PESANAN UNTUK KAKLONG.. KIM SALAM KAT OUR PARENT.. SBB ADIKMU INI TAK CUKUP KREDIT NAK TEPON M'SIA.. DOAKAN SEMOGA SELAMAT LA PERJALANAN AKU NNTI.... SESAPA ADE HUTANG NGN AKU AKU HALALKAN.. YG NAK BAYAR TU BOLEH JER.. SESAPA YG AKU ADE HUTANG.. MAI LA TUNTUT SEBELUM AKU KE MEKAH...RAMADHAN KARIM.. DAN KULLU SANAH WA ANTUM TAYYIBIN... ~

No comments: