Friday, May 16, 2008

HARI INI HARI GURU..

Tadi bila aku buka YM aku, bnyk mesej offline.. tapi apa yang menarik perhatian aku adelah satu mesej yang memberitahu aku bahawa hari ini adelah hari guru.. oh.. baru aku teringat.. kalau di sekolah menengah dan sekolah rendah dulu hari guru memang selalu di ingati kerana akan ade majlis menyambut hari guru.. dan semasa aku di tingkatan lima.. aku dan kawan2 membuat majlis menyambut hari guru untuk guru2 kami.. macam2 acara kami buat.. sesi pagi acara luar dewan.. dan selepas rehat acara dewan.. hari itu memang seronok.. dan bagi acara luar dewan aku menang acara rebut kerusi.. hehehehe..

Sekali aku teringat kisah Khalifah Islam yang bernama Harun Arrasyid.. Beliau pernah pergi ke tempat anaknya belajar.. dan pada ketika itu anaknya sedang menuangkan air untuk gurunya berwudhuk.. dengan marah Khalifah menegur anaknya... Wahai anakku, begitukah aku mengajar kamu terhadap gurumu? yang aku ajarkan kepadamu adalah.. bukan sahaja menuangkan air untuk berwudhuk.. tetapi menggosok anggota wudhuk gurumu itu.. macam tu la lebih kurang skrip nya.. dan menunjukkan.. bahawa guru adelah org yang penting dalam hidup kita.. dan jika kita belajar tanpa guru.. syaitanlah akan menjadi guru kita.. dan mudahlah terpesong nnti..

Walaupun begitu.. kita hendaklah pandai memillih guru.. antara guru yang boleh kita belajar dengannya terutamanya bab mengenal agama adelah.. guru yang mentaati Allah.. yakni menjaga hubungannya dengan Allah dan Manusia.. dan bukan guru2 yang suka menunjukkan kesaktiannya.. ramai org yang kagum dengan kesaktian guru mereka hingga mereka sesat.. dan yang aku pelik.. macam mna Ayah Pin yang tak de nur tu boleh ramai pengikut.. dan air susu dari kakinya pun ade yang sanggup minum.. Nauzubillah... jahilnya manusia sekarang.. dan hanya mahukan jalan pintas untuk menuju ke syurga.. akibatnya inilah...

Banyak kenangan dengan guru2.. ade pengalaman yang manis.. lucu.. sedih.. geram dan macam2 lagi... aku akan tuliskan kengan yang indah jer.. malu la nak tulis yang tak indah.. mungkin yang tak indah tu kerana dek kenakalan aku sendiri.. hehehe.. sbb aku ni bukan la pelajar yang baik sngt.. tapi baik gak.. hehehe.. di sekolah rendah aku tak brapa rapat sngt dengan guru2 ni.. tapi guru2 biasanya kenal dengan adik beradik aku.. kerana ayah aku selalu datang sekolah bertanyakan hal anak2 di sekolah.. dan ayah aku pulak org masjid.. so ramai guru2 kenal... tapi ade gak guru yangagak rapat macam mak aku kat sekolah rendah dulu.. antaranya ustazah Jamilah guru pendidikan islam.. dan ustzh Zaimam.. dan mereka mungkin masih ingt aku kot..

Di sekolah menangah pun aku agak terkenal di sekolah di kalangan guru.. bukan la paling terkenal.. tapi agak di kenali la.. hehehe.. mungkin aku agak aktif dalam acara sekolah.. terutama selpas tingkatan 3.. dan antara guru yang aku rapat masa sekolah mengah adelah Ustz Din.. Cikgu Imran.. Ustzh Norimah dan ramai lagi la... Dan cikgu yang mula2 pernah ucapkan Hari jadi Untuk aku adelah Cikgu Akma.. masa tu aku ade kerja di bilik guru.. tetiba dia ucapkan selamat hari jadi untuk aku.. terkejt gak aku.. pastu dia kata.. aik dah lupa dah harini harijadi awak? wah.. terharu gak aku.. dia bukanlah guru kelas aku. tapi dia leh ingt plak hari jadi aku.. tapi aku tak plak tau hari jadi dia.. terharu ooo...

Bila masuk maahad.. ramai guru lelaki jer.. oleh kerana dah amik pelajar perempuan so pihak maahad mengambil seorang guru wanita.. namanya ustzh Fazliaton.. ustzh ni tak la comel sngt.. tapi semua og sayang ngn dia.. sbb dia lembut dan baik hati.. sampaikan bila dia dah kawen.. dia pindah duk Johor.. tapi anak murid dia termasuk aku pernah gi uamh dia.. sbb masih sayang dia.. Ustaz tasmik aku yang mula2 adelah Ustaz Nasarudin.. muka dia ni garang.. tgk muka dia leh lupa apa nak di baca.. memang gabra habis.. tapi klu jumpa kat luar dia la mula2 senyum kat kita.. serba salah jadinya nak senyum ke tak.. hehehe.. pastu Ustaz tasmik aku yang ketiga selepas ustzh Fazliaton.. adelah Ustaz Zul Embong.. dia ni memang baik dah lemah lembut.. nak tasmik ngn dia pun tak la takut sngt.. dan dialah antara guru tasmik aku yang paling rapat dan macam ayah.. banyk bagi nasihat dan teguran.. dan aku still berhubung dengan dia..

Bila habis maahad kami masuk plak IKIP.. untuk kursus bahasa arab sebelum datang kebumi arab,. singkatan kursus ini adelah KIBA.. dan aku rasa KIBA lah tempat blaja paling best.. sbb guru2 yang sporting dan baik.. kami macam satu kluarga.. walaupun kami blaja hanya 3 bulan.. tapi kenangan tu akan kami pahat dalam kenangan manis sampai bila.. kenangan paling lawak yang aku penah alami dalam KIBA bila sesi Oral bahasa arab.. masa tu baru lagi.. bila sampai giliran aku.. aku di panggil ngn sorang lagi kawan aku.. yang nak oral kami tu ustzh Azmida.. memang cun habis ustazh ni.. tapi dah kawen la.. hehehe

Mula-mula ustzh tu tanya kami gambar yang di tunjukkan dan kami di suruh menyebutnya dalam bhs arab.. yang tu aku pas.. tapi bila dia tanya.. HAL ANTA TUHIBBU AN TATAJAWAL FI MADINATIL KUANTAN.. so aku faham kawan aku jawab tidak.. kerana jauh dengan rumah saya.. so sampai giliran aku jawab.. ya.. sebb boleh berdikari dan... aku tak habis cakap lagi... ustzh tu mencelah.. apa kaitannya?.. aku macam tercengang gak la.. pastu aku cakap.. sebenarnya saya tak paham soklan.. kawan aku gelakkan aku punya la kuat.. ustazah pun gelakkan aku.. aku pun gelak la gak.. hahaha.. aku main jawab jer.. hampeh tul.. malu aku.. tapi yang menariknya ustazah tu bagi tau.. baru haritu dia nmpk aku senyum.. dan dia kata aku ni tak nampak senyum pun.. nak tegur pun takut.. heheh.. pengajaran bagi aku.. akan akan senyum sokmo.. tapi takut org kata giler plak... rupa-rupanya ustzah tanya.. adekah kamu suka bersiar2 di bandar kuantan.. aku main jawab jer..

Bila dah sampai Mesir.. guru aku Arab la plak.. aku ni tak la ramapt sngt ngn guru arab.. tapi adelah guru arab yang kenal aku.. Macam syeikh Redha yang tak pernah lupa nama aku... Syeikh Muhamad yang selalu tukar nama ayah aku.. hehehe.. apa2 un.. satu hari nnti kemungkinan aku juga akan menjadi guru.. dan aku mendoakan aku tak mendapat anak murid yang senakal aku.. hehehe... klu boleh yang baik2 jer.. macam aku.. eh macam mna tu?

Kalau ade guru2 sy yang terbaca artikel ini dan nama guru itu tak di sebut.. harap jgn terasa hati.. saya sentiasa ingatkan guru saya. tapi tak muat plak nak tulsi kat sini.. hehehe.. Inilah mesej offline yang aku baru dapat dan mengingatkan aku tentang Hari Guru.. Dulu DIA pegang Rotan kau kata DIA Garang ....Bila DIA lambat Masuk Kelas kau kata DIA Malas..bila DIA marah-marah kau kata DIA Melampau..KINI.... kau adalah DIA..selamat Hari Guru Untuk Semua Warga Pendidik..

No comments: