Monday, May 19, 2008

SEJENAK BERSAMA METRO...

Baru-baru ni aku mendapat mesej offline di yahoo mesegger aku berbunyi... assalamualaikum wbt..kepada semua sahabat yang dikasihi..jikalau anda mendapat panggilan telefon yang bernombor panjang cth: +62852731520946 dan nombor itu berwarna merah. Diharap sgat jgnlag anda menjawab pgilan itu. Ini kerana di indonesia sekumpulan penuntut ilmu hitam sedang mguji ilmu hitam mereka melalui telfon.jika ssiapa yang mnjawab pgilan itu akan berbuih dan akan mati selepas itu. di indonesia sudah 9 orang mati dan mlm td di puchong telah mati.ini benar terjadi..tolong sebarkan msg ini..

Bila aku perhatikan mesej ni aku langsung tak rasa nak bagi tau kawan2 yang lain.. sbb aku macam tak percaya je mesej ni.. bukan aku takpercaya ilmu hitam tu ade.. tapi ilmu yang di katakan dalan mesej ni macam tak logik jer.. memang ade ilmu pengasih yang menggunakan telefon sahaja.. atau mungkin santau angin.. tapi klu dari Indonesia nak tepon malaysia semata2 nak wat sihir... macam sngt tak logik... tapi klu dia telefon Bush ke .. atau telefon Olmert ke.. bagus jga.. leh bunuh dia makhluk derhaka tu...

Aku memang suka hantar mesej2 tazkirah.. dan dahulu aku akan forward sahaja apa mesej offline yang aku dapat.. tanpa mengira kebenarannya... dan suatu hari aku di tegur oleh seorang ustaz.. kerana aku menyebarkan satu berita lalu baru aku bertanya kebenarannya berita itu kepada ustz tadi.. so dia tegur aku.. Akhi.. macam mna anta boleh sebarkan mesej yang anta tak pasti kebenarannya.. adoi... macam kene sepak rasanya.. panas telinga dan amatlah malu.. tapi ianya memberi pengajaran pada aku...

Aku teringat satu hadis yang menceritakan bahawa.. apabila mendapat apa2 berita dari org fasik.. maka siasatlah terlebih dahulu akan kesahihannya.. bukanlah aku mengatakan kawan2 aku fasik.. tapi aku nak amik pengajaran bhw siasat dulu apa2 berita itu.. pernah juga aku menyebarkan hadis2 tentang fadhilat solat tarawikh.. dan aku di tny oleh seorang sahabat aku di Morocco akan kesahihan hadis itu.. mula2 bengang gak.. tapi bila di pk2 kan balik.. betul kata sahabat itu.. knp nak sebarkana pa2 yang tak pasti.. dan ternyata hadis tentang fadhilat solat tarawih itu maudhu'(di beritahu oleh syeikh Nuruddin=ulama Nusantara...)

Ternyata bukan semua orang yang blaja ilmu agama itu tau dalam semua bidang agama.. dan sekarang ini begitu sukar mencari ulama yang mahir dan semua bidang agama.. dan ramai di kalangan ulama ini hanya mahir dalam bidang yang di pelajarinya sahaja.. bukan seperti saintis islam yang bernama Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun yang juga hafaz Quran dan mahir dalam semua bidang agama.. dan aku juga lemah dalam mencari takhrij kesahihan hadis.. sbb aku takblaja dalam bidang itu.. tapi Insyallah satu hari nnti aku akan belajar bab ini..

Suatu pagi aku terpk nak buka harian Metro(HM).. dan kebetulan plak aku jumpa tajuk santau telefon karu.. kenyataan yang di buat oleh polis bukit aman klu tak silap.. ternyata berita tentang mesej itu karut.. dan HM menceritakan.. penghantar mesej itu berasal dari Indonesia dan mesej asalnya adelah bertujuan untuk bergurau dengan rakannya.. dan berita itu tersebar ke Malaysia dan ternyata masih belum ada laporan tentang sebarang kematian tentang mesej itu..

Alhamdulillah.. walaupun beberapa kali menerima mesej itu.. aku tak forwardkan kepada kawan2.. kerana sekarang ini aku lebih berhati2 tentang berita aku terima.. dan ternya berita tentang DR mahathir kluar umno yang aku trima tadi adelah benar.. dan mungkin benar kata seorang blogger politik bahawa.. mungkin di takdirkan Tuhan presiden umno mati di luar umno.. seperti Dato Onn.. Tun Abd rahman.. dan Tun Husain.. mungkin Tun Dr mahathir akan ikut jejak mereka...

No comments: