Wednesday, February 20, 2008

LIGA MALDIVES....

Ini kali ketiga aku menulis artikel ini.. semalam dua kali aku tulis.. tetiba komputer aku jem.. klu jem nenas ke jem strawberi ke leh la sapu roti.. klu komputer jem memang tensen.. so aku amik keputusan setup window baru.. alhamdulillah arini dah ok.. so aku kene sambung la cerita aku kali ni...


Pagi semlam aku terima mesej dari kawan aku Basri (bukan nama sebenar).. pepagi lagi.. mesej dia berbunyi... pgi ni pkl 11 kumpul kat dauran.. kita solat kat arma.. aku sebagai ajk bahagian kecemasan(aku tak tau la nak terjemah apa.. klu bahasa arabnya mus'af) jika pemain yang mewakili Malaysia dalam liga Maldives ni cedera aku la org pertama yg kene terpa.. so aku pun lepas habis kelas trus ke dauran bersama Hanipah(nama sebenar).. kami ke rumah kawan aku di sana Abdulah Fahmi(nama sebenar).. senang la klu nak jumpa di tempat berkumpul nnti...

Jam baru je pkl 1030 pagi.. so aku sempat gak la lelapkan mata.. so bila jam dah pkl 1110 pagi.. aku di kejutkan oleh Hanipah.. dia kata kami dah lewat.. so aku pun trus bangun dan menuju ke dauran tempat tggu bas dan tempat berkumpul.. aku tgk tak de sorang pun bdk melayu kat sini.. angin plak bertiup sepoi2 skit.. sejuk plak masa tu.. aku lupa plak nak pakai sweater tebal.. so aku pun pinjam hp hanifah call Basri.. tapi jawapan dia menghampakan.. "ana kat umah ni.. nak kluar dah' aku mengeluh gak la.. dah la aku sejuk kat sini.. dia baru kluar umah. dah la umah dia jauh... mau 15 minit lagi aku kene tggu dalam kesejukan ni..

So. aku amik keputusan patah balik umah Fahmi tadi.. aku pinjam sweater dia.. sambil dalm hati berbisik.. bila la janji melayu ni nak berubah.. aku trima call lagi dari Basri.. dia suruh aku amik first aid kat umah Azahari.. aku kata aku mana tau umah dia.. so Basri letak la tepon dia.. aku kluar balik menuju ke Dauran.. Basri tepon lagi.. dia kata kami nak naik metro (keretapi bawah tanah) ni.. so kita jumpa di dauran sbb kami akan ke umah Azahari sama.. kluar metro kami naik teksi.. kawan aku bayar.. aku senyap jer.. hihihih..(tak bawak duit banyak)..


Sampai umah Azahari.. kawan aku bayar 10 geneh.. arab tu pulang balik 5 geneh.. kawan aku minta lagi baki.. dia bagi dua geneh lagi.. kawan aku mint segeneh lagi.. sbb kami berempat.. so 5o sen sorang okla.. nak mahal2 wat apa.. arab tu akur.. so pas je amik barang2 ubat kami ke Arma.. pas solat zohor.. kami ke padang tempat nak main.. so kami ngn ramai pemain lain pun berkumpul.. dan menuju di padang.. masalahnya ramai yang tak tau padang yg nak main tu kat mna.. so setelah tnya2 arab dan polis. kami yg berjalan kaki ramai2 ni, jumpa gak la padang...


Sesampai di padang nampak ramai org kulit hitam tengah training.. so ramai yg tanya.. Maldives ni org kulit hitam ker? aku ngn penuh keyakinan jawab.. Maldives ni macam org India gak.. klu tak silap aku negara dia kat Sri Lanka.. ntahla betul ke tidak... tapi aku pernah menonton rancangan masakan Chef Wan di Maldives.. aku tgk org sana macam org India.. so aku rasa jawapan aku tu betul la.. tak lama pastu baru la sekumpulan manusia yang lengkap bertrek shot biru sampai.. sungguh begaya derang ni macam ade org taja jer.. masa tu pemain Malaysia baru tgh salin pakaian.. dan di ikuti oleh beberapa awek2 Maldives... sah la org Maldives ni macam org India dan Bangladesh..

Perasmian pembukaan.. selepas bacaan ayat2 suci Alquran.. tiba la pertunjukan seni dari negara mereka.. maka gendang dipalu.. tetiba seorang mamat ni pun menari macam tradisi negara dia sampil di iringi beberapa penyanyi.. aku tergelak gak tgk mamat ni menari. macam org mabuk kerasukan jin tanah plak.. bukan nak hina.. tapi tu la kenyataannya.. sehinggakan Ustaz Presiden kami terkejut.. sbb penari tu betul2 depan dia..

Selesai perasmian.. pasukan Malaysia dan Maldives di panggil untuk perlawanan pembukaan.. aku tgk dari sesi pemanasan.. pemain Maldives dilihat lebih bersedia berbanding Malaysia.. kekalahan di jangka terjadi (firasat aku slalu betul walaupun kekadang tak betul) selesai lagu Negaraku dan lagu kebangsaan Maldives dimainkan.. kedua2 pasukan masuk padang dengan sepakan mula oleh Malaysia klu tak silap.. tak berapa lama gol.. mungkin seranagan dalam dua minit jer.. Maldives dapat satu gol dari bola lentang dari kanan dan tandukan cantik..

Tertekan gak la pemain kita.. lebih kurang 10 minit satu lagi gol menerjahmasuk ke gol Malaysia.. aduh.. sudah la kita... mau kene berbelas2 ni.. bisik hati aku.. tapi malaysia bangkit.. sampai habis separuh masa pertama tak de jarinagan.. maka kekallah Maldives 2 Malaysia 0.. aku cari masjid nak solat Asar.. jauh gak aku cari masjid.. nasib baik jumpa..

Lepas solat Asar aku balik kepadang.. masa tu Malaysia dah gol 1 .. gol tandukan dari Labib.. so aku rasa kita leh bangkit ni.. setelah beberapa serangan yang boleh di kata keras gakla oleh Maldives.. satu lagi gol menerjah masuk ke go Malaysia.. aduh.. makin parah ni.. masa dah nak habis.. nasib baik la gol tu tak di kita kerana ade pemain Maldives offside.. sampai habis perlawanan Malaysia 1 -Maldives 2.. ade gak keluhan dari penonton.."klu dah Malaysia tu.. Malaysia gak.. walaupun duk Mesir" dalam hati aku plak.. klu dia teror sangt napa tak terpilih.. huhuhuhu..

Selalu macam ni.. bila artikel aku nak siap jer.. line internet aku ni putus.. tapi aku akan post gak walau ap terjadi..

No comments: