Tuesday, February 19, 2008

TEPON MAK...

Lega hati aku lepas dah lama tak tepon mak.. asanya dah dekat dua minggu tak tepon.. tepon lama skit kali ni.. sembang macam2... dari hal kak long hingga la adik aku yg bongsu kesunyian di rumah.. sebb walaupun kami 11 beradik.. tapi semuanya bawa haluan masing2.. tggl yang bongsu je yang masih sekolah rendah di darjah lima.. dialah peneman mak bergaduh dan bergurau ketika kesunyian. diapun sunyi.. dan skang ni kawan dia hanya la Si Tompok yang baru je melahirkan 4 ekor anak.. bertambah la kluarga angkat adik aku tu..


Kak Long aku plak sibuk dngn bisnes..Dan tak lupa dia bantu mak ayah aku sara adik2 aku yg ramai bersekolah. hebat pengorbanan Kak Long.. Kak Ngah duk jaga anak dia yang dua org tu.. dia suri rumah jer.. Kak Dah plak baru je lepas berubat sbb kedai dia kene sihir.. Alhamdulillah perniagaan kedai makan dia semakin maju.. Kak Teh plak baru je barubat gak.. sakit bengkak kelenjar.. aku masih di sini.. adik2 aku yg lain semua masih blaja.. aja2 fighting adik2.. wah kata semangat dari aku..


Oleh kerana baru je habis klas mirath.. aku banyak bertanya tntang pembahagian harta dalam kluarga mak ayah aku.. ternyata bnyk harta yg terkumpul dan tak di bahagikan secara adil dalam kluarga aku.. ade yg mendominasi dan ade yang tak dapat langsung.. Inilah jika kita tak de kesedaran tentang ilmu faraidh dari awal. maka harta yg terkumpul tak di bahagi sama rata.. aku bertekad nak ubah semua tu.. tapi mampukah aku?.. tapi aku akan cuba selesaikan.. doakan aku.. amin...

sejuk plak arini.. biasanya klu dah bulan dua ni tak la sejuk sangt.. kenapa sejuk plak ek.. semlam hujan.. ingtkan dah nak habis musim panas.. rupanya sejuk balik.. tapi tak sesejuk bulan 12 aritu. sampaikan aku nak tidur dalam bilik pun tak leh.. sbb sejuk sesangat.. terpaksa kluar bilik. dalam umah aku.. bilik aku yg tersejuk.. ade rahmat kot.. huhuhu..


sembang ngn mak memang lama.. banyk modal nak cakap... ngn ayah tak leh lama.. ayah tak sehat... nak angkat gagang tepon pun dan lenguh tngan.. inilah kesan dari kemotrapi yang ayah aku buat 2 thun lepas akibat dari ayah aku terkena kenser.. skang ni alhamdulillah dokter kata ayah aku dah bebas dari kanser.. tapi kesan dari kemotrapi tu masih terasa.. walaupun sini sejuk.. tapi malaysia sngt panas.. kerana bahang pilihanraya yang semakin hampir.. semoga parti islam memang semakin besar pada PRU kali ini.. amin..


aduh.. ni yang aku bengang ni.. blum siap blog internet putus plak.. hampeh tul la.. ok la .. kawan aku dari Alex nak datang ni.. dia dah kawen.. so aku kene kemaskan bilik ni.. takla nmpk sangt org bujang ni serabut.. walaupun pada hakikatnya aku ni tak la serabut.. tapi tak la kemas sangat.. huhuh .. zasssss

No comments: