Tuesday, May 20, 2008

JAULAH MAKAM ...


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.. yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.. yang menciptakan langit dan bumi.. yang menghidupkan dan mematikan.. yang maha Berkusa atas setiap makhluk.. Tuhan yang mengetahui segala apa yang hidup dan yang mati.. Tuhan yang Menguasai segala ilmu dan pengetahuan.. Selawat dan Salam keatas Jujungan Besar Nabi Muhammad sallahualaihi Wassalam..


Dengan izin Allah.. setelah beberapa lama memasang niat untuk melawat beberapa makam ulama dan syuhada di sekitar bandar Kaherah...akhirnya Allah makbulkan juga.. bukan aku tak pernah melawat makam2 ini.. tapi sudah lama tak melawat makam2.. dah lama memasang niat.. tapi blum ada kesempatan.. dan semalamlah segalanya terlaksana.. aku berpagi-pagian dengan sahabat aku yang dah rapat sejak dari sekolah menengah lagi.. kami mulakan perjalanan pukul sembilan pagi.. kluar dari rumah Aniq setelah bersarapan kali kedua bagi aku.. setelah hampir sejam kami menunggu bas... akhirnya bas yang di tuggu tiba.. keadaan jalan raya agak sesak.. mungkin pada waktu ini orang Mesir kluar untuk ke pejabat.. kami akan menjelajah kawasan makam seluas mungkin lebih dari 10 ekar persegi dan di kelilingi makam2 yang di bina seperti bangunan2 lama..


Lebih kurang sejam perjalann kami sampai di masjid Imam Syafei.. suasana agak lengang ketika itu.. mungkin masih pagi.. aku melihat beberapa warga tua sedang duduk di kedai teh.. ade yang sedang menghisap syisa.. ade ade juga beberapa org kanak2 sedang berjalan mungkin ke sekolah agaknya.. persekitaran masjid agak sunyi.. beberapa ekor anjing dan kucing sedang menggeledah sampah di tepi jalan untuk sarapan mereka... walaupun nampak kotor.. tetapi mereka adelaha mahkluk Tuhan yang sentiasa memuji Tuhannya dan tak pernah syak pada rezeki yang di janjikan Allah kepada mereka.. kami hanya berlalu dari masjid Imam Syafei dan melalui jalan kampung yang agak jauh dari kebisingan bandar Kaherah.. walaupun masih di dalam Kaherah.. tapi suasananya agak tenang berbanding Shoubra yang padat dan bising..


Kami memasuki lorong di belakang masjid menuju ke kawasan makam.. dalam perjalann itu, Aniq bagi tau aku.. arab di sini ramai yang miskin.. ade yang menjadikan makam sebagai tempat tidur kerana ketiadaan tempat tggl.. jalan agak berdebu.. beberapa kenderaan melaui kami dan ade yang memberi salam kepada kami.. mungkin kerana mereka melihat kami warga asing dan mengetahui kami adelah pelajaa Azhar kerana pakaian kami agak kemas mungkin.. ceewah.. makam pertama yang kami singgah adelah makam Saiditina Fatimah 'Aina'.. beliau merupakan cicit kpd Saidina Ali menantu Rasulullah S.A.w.. setelah memberi salam dan mengahdiahkan Fatihah kami berlalu untuk menuju ke makam yang seterusnya...


Kami tiba di makam yang kedua mungkin jaraknya 100 meter dari makam yang pertama.. makam ini adelah milik Imam Laits.. kelihatan makam ini masih dalam pembaikan.. kali pertama aku sampai ke makam ini pada tahun 2005.. masa tu baru nak mula pembaikan.. dan skang mungkin 90% siap.. kelihatan pekerja sedang membuat kerja mereka.. sesampai kami kedalam masjid di mana terletaknya makam imam laits.. kami di sambut mesra oleh seorang pemuda yang benama Hani.. beliau menunjukkan kami makam pembantu Imam Laits di sebelah makam Imam laits... makam itu agak tertutup.. dan menunjukkan juga makam anak kepada pembantu Imam Laits tadi.. setelah memberi salam dan menghadiahkan Fatihah kami meminta Hani mengambil gambar kami sebagai kenang-kenangan..


Apa yang aku tahu tentang Imam Laits adelah.. beliau sangat alim dan juga beliau ahli hadis.. Menurut Imam Syafei.. Imam Laits lebih alim dari Imam Malik.. dan beliau juga adelah mujtahid mutlak dan beliau layak juga membuat mazhab.. tetapi mazhab Imam Laits tidak di bukukan oleh anak muridnya.. Imam laits tidaklah terkenal sebagaimana Imam2 empat Mazhab.. tetapi agak terkenal juga kerana kealimannya.. berbalik pula kepada kami dan Hani.. setelah banyak kali menangkap gambar kami dan begitu mesra.. kami berniat untuk beredar.. sebelum beredar kami menghulurk sedikit sumbangan untuk Hani minum2 teh.. tak la berapa sen sangt pun. tapi dia kelihatan gembiran.. kami memberi salam kepadanya dan beredar ke makam seterusnya...


Dalam perjalann menuju ke makam seterusnya kami berjumap dengan seorang budak lelaki sedang membasuh pakaiannya di tepi jalan yang berdedu dan tidak berturap.. umurnya dalam lingkungan 8 tahun aku kira.. berseluar pendek biru dan berbaju putih seperti baju sekolah..agak comot mukanya... tapi masih nmpk comel.. mungkin kerana kemiskinan..Mohsin namanya.. Aniq cuba mengambil gambarnya.. tapi dia malu dan cuba lari.. sambil meminta kepada kami duit.. so aku kata kat dia.. nak duit boleh.. tapi kene duduk dan buat macam basuh.. kami nak tangkap gambar.. dia tak mau.. kami mendesak dalam senyuman.. so.. dia pun buka butang bajunnya dan memasukkn kepalanya ke dalam baju dan kami amik gambar.. hampeh tul.. dia malu upanya.. so mukanya x kelihatan..hehehe.. selepas memberi sedikit duit kepadanya kami pun beredar.. Mohsin sambung kerjanya membasuh pakaian.. tetapi Aniq memanggilnya.. dan apabila dia pandang.. klik satu gambar telah Aniq tangkap.. Mohsain kejar kami.. dia kata korang amik gambar aku.. bagi duit.. mulanya aku tak mau bagi sbb dah bagi tadi.. tapi dia mendesak dan aku pk balik.. dia ni susah.. dan dia bagi tau dia ade adik kecik.. so aku bagi gak la..


Kami meneruskan perjalann ke makam seorang sahabat Nabi yang bernama 'Uqbah Bin Awamir.. perjalan kali ini agak jauh.. di kelilingi makam2 di kiri dan kanan jalan.. dan jalan yang berdebu.. kami sampai ke kawansan Makam 'Uqbah.. melalui pintu gerbang kami memasuki kawasan yang agak redup kerana ade sebatang pokok yang rendang.. sambil di kelilingi rumah2 yang agak usang.. makam 'Uqbah tertutup dan berkunci.. oleh kerana kawasan itu agak tenang, redup dan di temani kicauan burung.. sambil beberapa ekor burung Terkukur berjalan di depan kami tanpa rasa takut.. kami pun duduk sambil melepaskan kepenatan dek kerana perjalann yang jauh di atas sebuah kerusi batu panjang yang tersedia di bawah pokok yang rendang tadi.. kami de beritahu oleh seorang makcik tua di situ bahawa makam itu akan di buka pada pkl dua.. dan jam di tgn kami menunjukkan hampir pkl 12 tghr.. oleh kerna masa yang agak lama untuk menunggu kami pun beredar dari situ...


Niat kami seterusnya...untuk menziarahi makam Imam Hasan Albanna.. tapi kami tak tahu.. so terpaksa menelefon seorang kawan di untuk bertanyakan jalan.. aku mencadangkan Aniq supaya tanya sahaja kepada arab2 di sini.. tapi Aniq enggan.. di memberitahu.. pernah satu ketika seorang sahabat kami membawa beberapa orang warga Yaman untuk melawat Makam Imam Hasan.. oleh kerana tidak tahu di mana letaknya makam itu.. dia pun bertanya kepada pak arab yang berada di sekirat makam ini.. tapi beliau di nasihatkan supaya tidak pergi.. oleh kerna datang dari jauh maka mereka meneruskan niat mencari Makam Imam Hasan... setelah hampir dengan Makam Imam hasan.. mereka ternampk beberapa orang polis seolah2 sedang mencari mereka... so mereka pun bertempiaran lari dan terpaksa menyorok..


Setelah mendapat pertunjuk dari rakan kami itu.. kami meneruskan perjalann hampir 800 meter aku agak.. dan di perjalann kami terpaksa melalui Makam 13 Syuhada Pakistan yang terbunuh ketika berperang dengan tentera Israel bagi mempertahankan bumi Mesir dijajah oleh Zionis Laknatullah Itu.. sedang mata mencari2 di mana letaknya Makam Syuhada Pakistan(MSP) kami di tegur oleh seorang lelaki yang berpakian kemas.. dan dia bertanyakan hajat kami.. aku bertanyakan tentang MSP.. dia menunjukkan kami jalan.. bagusnya orang Mesir ni.. sedia membantu walaupun tak di pinta.. trima kasih bro.. kami singgah di MSP.. memberi salam dan menhadiahkan Fatihah kami mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan..


Tujuan mengetahui di mana letaknya MSP adelah di situ pertunjuk utama untuk ke Makam Hasan Albanna.. Imam Hasan dilahirkan pada tanggal 14 Oktober 1906 di desa Mahmudiyah kawasan Buhairah, Mesir. Pada usia 12 tahun, Hasan al-Banna telah menghafal al-Qur'an. Ia adalah seorang mujahid dakwah, peletak dasar-dasar gerakan Islam sekaligus sebagai pendiri dan pimpinan Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Muslimin).Ia memperjuangkan Islam menurut Al-Quran dan Sunnah hingga dibunuh oleh penembak misteri yang diyakini sebagai penembak 'titipan' pemerintah pada 12 Februari 1949 di Cairo. Pemergian Hassan al-Banna pun menjadi duka berkepanjangan bagi umat Islam. Ia mewariskan 2 karya monumentalnya, iaitu Catatan Harian Dakwah dan Da'i serta Kumpulan Surat-surat. Selain itu Hasan al-Banna mewariskan semangat dan teladan dakwah bagi seluruh aktivis dakwah saat ini.


Untuk sampai ke makan beliau kami melalui satu lorong kecil dan berdebu di di sebelah kiri jalan... aku melihat seorang pakcik tua yang sedang berbaring di depan rumahnya sambil memejam mata.. dan di sekeliling rumah nya terdapat makam2.. aku berfikir.. "sian pakcikni tidur tgh panas dan tak de berkipas sambil di ganggu beberapa ekor lalat.. apabila kami berjalan agak kedepan pakcik tadi memanggil kami dan bertanyakan kami adekah kami nak ke makam Imam Hasan dan beliau menunjukkn lorong yang patut kami masuk.. sampai di makam pejuang ini, kelihatan binaannya agak gersang dan sunyi.. tak de papan tanda yang cantik menghiasi makam beliau... setelah memberi salam dan mengahdiahkan Fatihah kami di datangi oleh dua warga Mesir yang berjubah.. seorang darinya berkopiah dan ade kesan sujud di dahinya dan seorang lagi berambut kerinting.. dan tanpa di tanya seorang daripada mereka yang berkopiah memuji2 Imam Hasan dan trus berdoa dan di aminkan oleh kami.. dan sebelum mereka beredar beliau meminta sedikit keberkatan dari kami.. kami menghulurkan sedikit sumbangan kepada mereka..


Kami bergerak pula menuju ke Masjid Imam syafei.. jam menunjukkan hampir waktu Zohor.. kami memasuki Masjid di mana letaknya Makam Imam Syafei.. agak ramai jemaah warga tua sedang menunggu waktu Zohor.. ade yang membaca quran.. ade yang berzikir.. dan ade pula yang sedang solat sunat.. sebelum sampai ke Makam Imam Syafei.. aku singgah ke Makam Imam Zakaria Ansori.. seorang tokoh Ulama mazhab Syafei.. beliau adelah ulama yang terkenal.. dan banyk mengarang kitab.. dan setelah memberi salam dan Fatihah aku ke Makam Imam Syafei yang berada agak tersorok di dalam masjid itu.. ianya terletak di dalam sebuah bilik khas.. di dalamnya ade sebatang tiang marmar yang menjadi tempat Imam Syafei bersandar ketika mengajar.. dan di sudut bilik terdapat satu batu dan batu itu terdapat kesan tapak kaki yang di katakan tempat Rasulullah pernah berdiri di situ ketika bertemu dengan Imam Syafei di dalam mimpi.. dan aku tak pasti kisahnya..


Oleh kerana pakaian aku tak mengizinkan untuk bersolat di masjid itu.. maka kami pun terpaksa keluar dari masjid sebelum azan berkumandang.. kerana ade sebeuah hadis melarang keluar masjid ketika azan berkumandang.. kerana itu akan menyebabkan fitnah dan orang akan pandang serong.. dan aku tak ingt plak matan hadis itu.. di depan masjid kami berjumpa dengan seorang lagi kanak2 yang comot.. dan seperti peminta sedekah.. kami menghulurkan sedikit sumbangan sambil meminta budak itu mendoakan kami yang akan pekse tak lama lagi.. doa seorang budak yang tak berdosa mungkin lebih mustajab dari kita yang berdosa ini..


Sumbangan2 yang kami bagi tak la bnyk pun.. just saja nak cerita sebagai pelengkap kisah perjalann kami ini.. dan tak layak pun nak berbangga dengn sumbanagn itu... orang melayu ini memang kedekut sikit.. termasuklah aku.. nak bersedekah kene pilih duit yang paling kecil dulu.. klu ade duit besar tak jadi nak bersedekah.. kalau di masjid pun.. tabung duit lalu ramai yang buat2 pejam mata kononnya khusyuk berzikir.. bila tabung dah lepas baru buka mata.. apa2 pun kawasan makam yang kami lawati ini memang ramai peminta sedekah... sampai di rumah.. badan pun dah penat.. selesai mandi dan solat.. aku menumbangkan badan dan trus tidur.. apa2 perjalanan kami memang seronok.. dan memberi satu pengalaman yang manis buat kami.. dana ku juga terfikir.. satu hari nnti aku nak bawa my future wife datang berziarah sekali.. sapa wanita bertuah tu (bertuah ke?) coming sooonn..hehehe.. gambar jaulah kami tak leh nak upload.. sbb tak de kat aku... akan di upload..

2 comments:

kartini said...

besnya dpt peluang untuk melawat ke makam2 bersejarah..

SAIFULLOHULMASLUL said...

mai sini.. boleh ana bawakkan jalan2..