Thursday, August 14, 2008

ISTAREIH SYUWAYYA...

Alhamdulillah sampai gak ke rumah.. jam dah dekat pkl 10 malam.. mungkin dalam 10 minit lagi... alunan muzik dari majlis arab di umah aku menggegarkan imarah kami... sungguh kuat muzik ni.. kelihatan beberapa orang kanak2 dalam sekitar 7 8 tahun asyik menari mengikut alunan muzik yang memekakkan ni.. pelik gak diorang ni.. kecik2 lagi dah dedahkan dengn muzik2 yang memekakkan telinga ni.. sudah menajdi tradisi arab Mesir sejak aku mula2 sampai sini aku melihat keadaan ni tak berubah.. cuma mungkin lagu2 yang di pasang lebih up to date .. mengkit pasaran album kot..

Tradisi jahiliah yang sudah di tinggalkan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.. mak pernah bercerita.. masa dulu2 klu org kampung kenduri kawen.. tak kira la susah macam mna pun orang tu... mesti buat tiga hari tiga mlam berturut2.. semua org kampung datang.. bawak ayam.. beras.. dan apa2 yang oleh di bawa.. dan tak ketinggalan ade kugiran... band muzik.. pastu pakat menari la ramai2.. tak kira tua muda lelaki perempuan.. anak tok guru kampung kawen pun macam tu gak majlisnya.. tapi itu dulu.. zaman mak aku muda2.. skang ni payah dah nak jumpa masyarakat kampung macam tu..

Tapi tradisi macam ni masih lagi berlaku di Mesir.. jika ade majlis kawen... muzik dan speaker besar sudah menjadi tradisi.. dan tak kira lelaki perempuan.. muda tua.. akan menari ikut cara mereka... aku pun pelik dan terkejut bila nmpk peremuan berpurdah pun menari... adoi.. tapi sudah menjadi adat diorng. tak de sapa pun kesah.. aku rasa klu kat malaysia la, ade wanita berpurdah manri macam tu.. mesti kecoh satu malaya.. ade gak seorang ustaz pernah bagi tau aku.. inilah antara amalan jahiliah arab mesir yang masih tak boleh di kikis.. kerana terlalu menebal.. biasanya speaker besar dan muzik yang menggegarkan imarah ni di pasang 3 kali.. kali pertama hari menjahit tilam dan bantal.. pastu hari apa ntah.. kali ketiga hari persandingn.. ini la acara besar-besaran.. dan ramai la akan menari pada hari ni.. pening kepala klu ade majlis kawen kat umah kami.. tetamu plak hanya di jamu dengn air gas.. dan sedikit roti.. pastu menari la.. tu je yang aku tau.. tak de la hidanagn maknn macam kat malaysia.. mungkin klu buat di hotel ade hidanagn.. tapi aku tak pernah plak gi.. hehehe

Sampai je umah tadi aku ketuk pintu.. Majdi sorang je ade kat umah.. ahli bait yang lain ntah kemana.. macam ni la klu musim cuti.. jarang lekat kat umah.. 3 org dah balik malaysia.. tinggallah kami berenam.. dan jarang plak boleh bersama.. memasing sibuk.. habis sahaja jawab pekse tadi aku trus ke Dauran kerana tekah berjanji dengn Tapa nak beli baju kat Markaz sama2.. tapi baju yang kami nak beli tak de saiz plak.. so cancel la plan... nak ke rumah atas markaz.. aku terus tidur keletihan.. semalaman tak tidur.. study la konon2.. bngun solat zohor dan di ajak mkn nasi oleh tuan rumah.. aku plak tak payah ajak banyk kali bab mkn ni.. trus gi je.. danaku pun tak suka panggil orang bnyk kali klu nak mkn.. klu nak cepat la.. klu tak nak sudah... senang.. malu mkn perut lapar di pegang sebagai perinsip makan.. hehehe


Lepas mkn mata masih mengantuk.. sambung balik. tak baik tidur pas mkn.. tapi sbbkan penat sngt.. aku tawakkal juga tidur.. ade ke tidur tawakkal?.. ade kot.. hehehe... bngun solat asar.. aku meneruskan perjalnn balik kerumah.. jauh gak Dauran ngn umah aku.. mau 20 minit jalan kaki.. sbbkan jauh sngt.. aku singgah kat umah kawan.. sembang2.. maghrib masuk. derang jak mkn berbuka pose sekali.. pucuk di cita , ulam mendatang.. sebelum duduk sudah bersila.. maknn di hidang aku menyantap. tapi dengn penuh kesopann dan kesusilaan.. pas solat maghrib aku kluar dan singgah plak umah Hafes.. Isyak dah nak masuk..

Sambil bersembang.. Azan Isyak berkumandang.. bingkas bangun nak amik wudhuk aku ternmpk plak azizah di atas meja.. aku pun trus menajamah dengn bismillah.. eh.. apa azizah tu? awek ker?.. tak de la .. mknn la.. mungkin campuran tepung beras susu gula dan kelapa parut.. di masak sehingga menjadi seperti kuih tepung talam.. tapi tak la macam tepung talam sangt.. knp nama dia azizah? knp tak latifah atau cik kiah?.. ntah la.. aku pun tak pernah tnya...

Alunan muzik dari majlis kawen di luar masih kedengan menggegarkan imarah kami.. ahli bait tak kelihatan.. aku je duk umah.. aku nak istareh syuwayya(rehat sekejap) selepas habis je amik pekse ni.. mungkin pasniaku akn lebih sibuk.. bnyk kerja nak di buat.. musim panas bnyk program.. pasni akan ade la kerja2 di bawah terik matahari.. kulit kau yang tak berapa putih ni akan bertambah gelap.. tapi tak pe la.. best gak.. pepatah arab mengatakan.. Diri kamu, jika tak di sibukkan dengan kebaikan.. kamu akan sibukknnya dengan kebatilan.. wallahu a'lam..

~alunan muzik terus menggegarkan~ sesekali ade gaklagu yang best di pasang.. hehehe~

No comments: