Saturday, August 9, 2008

MEDAN JUANG....

Bismillah.. Walhamdulillah... dah seminggu aku tak tepon M'sia.. rindu plak nak dengar suara mak... dah hampir 3 tahun tak jumpa kluarga kat M'sia.. klu biasanya aku tepon umah mak je bnyk cakap.. aku dengr crita mak je.. ayah tak bnyk cakp dengan aku.. mungkin lelaki sama lelaki memang tak bnyk cakap kot. lagipun ayah tak leh berdiri lelama..(tepon aku atas almari)...cepat letih.. sejak kene rawat di HKL beberapa tahun lalu di sebbkan kanser.. antibody ayah aku lemah.. mudah letih... kalau cakap lama skit je ayah aku akan pas kat mak plak.. tapi kali ni aku tepon umah, adik lelaki aku yang berusia 22 tu yang angkat.. kami panggil dia Mad.. mak ayah tak de... derang gi KL umah kakak2 aku.. hantar rambutan kepada cucu2 derang.. kakak2 nak balik payah, so.. mak ayah aku pun pegi la hantar.. rambutan bnyk kat kebun.. nak mkn sendiri tak terhabis.. dibahagi2 gak kat sedara-mara dan jiran2..

Lama dah tak sembang ngn Mad.. dia amik SPM thun ni selepas 5 tahun memondok sambil amik syahadah al-Quran.. Alhamdulillah tahun lepas dia berjaya bergelar Hafiz.. sementara menunggu untuk masuk sekolah agama rakyat untuk amik SPM.. beliau bekerja sebagai pendakwah di sebuah kampung di daerah Maran dan janjikan gaji 1000ringgit sebulan.. penduduk kampung ini terdiri dari kalangan org melayu dan org asli.. tugas Mad kat kampung ni mengajar mengaji berdakwah dan membanci.. dan mengimarahkan surau kampung tu yang pada mulanya dah naik hutan.. tapi sejak Mad berada di kampung tu, dialah yang menjadi imam di surau tu... sepatutnya di bertugas berdua... tapi kawan Mad sorang lagi ntah kemana perginya..

Masa aku tepon umh tadi Mad yang angkat.. macam2 kami bualkan.. dan macam biasa.. topik kawen tak terlepas dari perbincangan.. hehehe.. biasala dan umur2 macam ni.. topik kawen memang menjadi topik biasa.. dan aku tertarik dengan pengalaman Mad yang bnyk menyertai program2 kem yang aku tak pasti apa nama program tu.. dan beliau baru saja balik dari kem yang diadakan di Kampung Janda Baik di Bentong.. dan program ni di anjurkan oleh plaja2 Madinah.. dan biasa la bebudak Madinah ni.. banyk yang di bid ah kan.. itu la antara pengalaman dia berhadapan dengan golongan Wahabi yang semakin berpengaruh di M'sia.. tapi bila balik kem selama 3 hari kot.. ayah aku tnya Mad " gi janda baik buat apa?" dengan berseloroh Mad buat lawak cari penyakit dengan ayah aku "cari janda la.." apa lagi membebel la ayah aku.. " Mad jawab lagi.. "Siti Khadijah pun janda" tambah lagi penyakit.. maka kene la bebel lagi.. tapi Mad senyap jer.. niat begurau dengan ayah dah jadi lain.. hehehe..

Mad juga menceritakan pengalaman dia berhadapan dengn orang yang bersembahyang niat.. dan ketua Kristian yang mengugut beliau semasa belilau bekerja sebagai pendakwah.. dan kene marah dengan org asli ketika membanci.. tapi walaupun sorang Mad ni agak berani menjawab dan dengan ilmu yang ade di dada macam2 macam2 ayat Al-quran di baca untuk persediaan jika di serang oleh orang asli yang berang dengan pembanci yang datang membanci dan berjanji tanpa membawa perubahan di kampung mereka.. tapi tugas adik aku hanya membanci.. yang memberi bantuan adelah kerajaan.. klu kerajaan tak bagi nak wat macam mna kan?.. tapi Alhamdulillah Mad berjya mengawal keadaan.. tiada apa2 yangbruk terjadi... Mad juga menceritakan ade org asli yang kluarganya dah jadi 69.. tonggang terbalik.. org tu suka kat bini besan dia.. sesuka je dia amik duk umah dia.. tapi derang kafir.. so tak de taklifan..

Tempat tinggal bagi Mad adelah surau jer.. dia duk sorang jer.. malam2 Mad juga pernah di ganggu oleh Jin.. tapi dia ni berani orangnya.. tak macam aku.. klu aku dah cabut lari agaknya.. dia juga pernah menjampi orang asli yang demam.. dan bila org asli tu sembuh dia tnya apa yang Adik aku baca?.. Mad pun menerangkan tentang ayat2 Al-quran pada orang asli tu.. dan nampak gayanya org asli ni dah tertarik dengan keindahan Islam.. dan ade beberapa orang lagi makin hampir dengn Islam.. tapi Mad terpaksa berhenti kerana nak sambung blaja.. dan masalah gaji juga satu hal.. gaji yang di janjikan 1000ringgit.. hanya di berikan beberapa ratus sahaja.. macam mana nak mkn klu macam tu? dah kerja pun kene mak ayah gak tanggung... alasan yang boss dia bagi.. boss dia ade masalah kewangan.. tapi masalahnya peruntukan tu ade.. boss yang kebas agaknya.. "itu antara dia dengan Allah la" kata Mad.. so terpkasa berhenti setelah bekerja lebih kurang dua bulan..

Apa yang aku lihat dari macam2 pengalaman Mad berhadapan dengan berbagai ragam manusia, ade yang melucukan.. ade yang menggeramkan.. ade gak yang menyedihkan.. ternyata medan perjuangan itu sangt la sukar.. kerana syurga itu manis.. dan rasa takut plak aku nak menghadapinya ketika balik nnti.. rasa macam tak nak balik pun ade.. tapi sampai bila nak lari dari medan perjuangan.. dan aku juga berfikir.. patutlah Parti Islam tak menang2 kat Maran.. ternyata ramai lagi manusia yang jahil dan anti agama kat situ.. patutnya org2 macam ni dah pupus di zaman kebangkitan Islam di M'sia pada tahun 80-an dulu..doakan kejayaan Mad dalam SPM tahun ni.. nak sambung U tempatan katanya.. sedar tak sedar dah sejam lebih kami berbual.. nak habis satu kad evoiz aku 5 usd.. tapi perbulan kami tak sia2.. banyak aku blaja dari pengalaman adik aku. walaupun dia muda dari aku. ternyata pengalaman dia berdakwah lebih luas.. Perjuangan perlu di teruskan.. sekian..

1 comment:

dr muthiah said...

salam tuan umah
tahniah utk abang dan adiknya sekali..
alhamdulillah, seronok sy bace pengalaman kalian 2 beradik..hihi

betul mcm penulis ckp..sampai bila nak lari dari medan perjuangan? itulah realiti..time belajar susah..tp time dah nak praktis nanti..lg susah..